29 August 2014

AWAS BAHAYA UPLOAD GAMBAR MAKAN DI Mc D


Ni satu peringatan yang serius untuk semua yang baca blog melekat lekit ni. Bukan tajuk ni sesaja bagi gempak untuk buat korang baca entri tapi memang ia berkaitan dengan maruah & nama baik anda. Isu boikot sekarang ni bukan takat yang berkempen boikot yang luar sana je jadi ganas sampai ada yang pecahkan cermin kereta orang yang ada sticker Mc Donald drive thru tapi online pun ada jugak yang jenis extreme camtu untuk di malukan kalau tak boikot Mc D

Entri sebelum ni aku pernah isukan pada Page Gua Tv Dot Com yang mengaibkan seorang gadis sedang makan Mc D (Boleh baca kat sini entri sebelum ni KESIAN GADIS NI DI AIBKAN GUA Tv Dot Com SEBAB MAKAN MC D). Aku ingat ramai yang dah sound admin page tu dia ada sedikit rasa insaf & tak ulangi perbuatan mengaibkan gadis melayu bertudung makan Mc D tapi rupanya ada lagi dia buat. Kali ni 2 orang anak dara melayu bertudung menjadi mangsa di aibkan di page tu.

Macam biasa gambar mangsa ni aku yang kena tutup dengan cat merah atas perikemanusiaan.

Jenis tak faham & tak hormat hak peribadi orang memang susah nak sekolahkan. Sebab bagi admin page Gua Tv Dot Com ni boikot tu satu kemestian kot. Sapa tak buat kena hukum di malukan. Orang camni tak guna dah kita bagi teguran cuma apa yang kita perlu buat adalah protect diri sendiri. Mana2 yang dulu pernah upload gambar makan kat Mc D tu mohon delete terutama kaum wanita melayu sebab admin Gua Tv Dot Com memang target Budak perempuan Melayu jer sebagai mangsa.

Dah tu dia bukan blur muka mangsa2 yang nak di malukan tu. Sebijik2 muka tu dia tayang. Takde sensor langsung. Page mereka mempunyai 284K++ likers, memang kalau sapa jadi mangsa boleh menjatuhkan maruah & air muka juga. Bukan macam PageKelab Peminat cerita seram yang like tak sampai 200 orang tau. hahahahaha

Entri ni sekadar peringatan untuk semua terutama gadis2. Even gambar lama tak mustahil admin Page Gua Tv Dot Com boleh jadi modal untuk membuat isu kat page dorang demi dapat rating yang tinggi. Jadi sila pastikan bukan anda mangsa seterusnya.
Admin page ni mengaibkan gadis2 melayu yang makan mekdi ni dengan alasan sebab katanya menyumbangkan dana kepada Israel. Mungkin sebab tu dia jatuhkan hukuman malu pada mereka.

P/S : yang tak nak boikot tu takpe la nak buat macam mana benda ni tak boleh paksa tapi sudi sudikanlah mendoakan sedara seislam kita di Gaza yang sedang di zalimi. Mana tau doa2 anda menjadi doa yang termakbul & mampu menyelamatkan penduduk palestine dari terus di zalimi puak zionis.

0 comments:

Post a Comment