Foto Sumbangan: OSMAN ABDULLAH
Teks Oleh: MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP
1a. NONA ASIAH, segalanya bermula di sini...
1b. NONA ASIAH
2a. SIPUT SERAWAK
2b. SIPUT SERAWAK
AGAK terperanjat juga saya apabila menerima bungkusan yang agak besar dan kemas dari Poslaju. "Siapakah gerangan yang menghantar?, tanya hati saya. Tengok alamat penghantarnya, dari Nusajaya, Johor Bahru.
Saya ada juga kawan di Nusajaya. Tetapi kebiasaannya kalau ada apa-apa perkara pun selalunya dia "call" saya terlebih dulu. Ini tidak.
Bagaimanapun, apabila saya buka, saya terpegun sebentar. Ia mengandungi banyak foto seksi selebriti kita (selebriti Malaysia) dan sedikit selebriti Indonesia (pelakon dan penyanyi). Bukan seksi seperti sekarang tetapi seksi cara dulu-dulu.
Ini kali kedua saya dikejutkan dengan bungkusan dari Poslaju. Dulu, seorang peminat FK (Ezza) menghantar buku "Nostalgia Filem Melayu Klasik" meminta saya membuat ulasan kerana terdapat banyak pencanggahan dalam buku tersebut.
Dalam surat (nota) yang dilampirkan, penghantar (Osman Abdullah) menulis:
Salam Encik Mustafar A.R., semoga bersama isteri (Zaini Yusop) sentiasa dalam sehat sejahtera.
Mungkin Encik Mustafar terperanjat menerima bungkusan ini. Dan saya merasakan tidak salah menghantarkannya kepada Encik Mustafar.
Pada pendapat saya keseksian artis dulu-dulu (tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an) seksi beradap sopan. Ada seninya. Seksi sekarang, tak tau pula macam mana saya nak terangkan.
Ilham untuk mengumpul foto-foto tersebut berpunca dari FK yang Encik Mustafar kelolakan, entri Nona Asiah. Ingat tak, apa yang Encik Mustafar tulis (caption) di bawah foto Nona Asiah itu?.
"Nona Asiah ditahun-tahun 50-an. Seksi juga, ya!"
Kalau dilihat sambil lalu, tak ada apa-apa pun. Tetapi kalau ditenung lama-lama memang ada keseksiannya. Dan saya sangat bersetuju dengan caption yang Encik Mustafar tulis itu.
Ini bererti, bila mahu dilihat seksi tidak semistinya dedah tubuh hingga sampai separuh bogel atau tiga suku telanjang. Berpakaian seperti Nona Asiah itu pun, sudah boleh dianggap seksi malah lebih mengancam.
Kalau kena gayanya, berhijap pun boleh menjadikan seseorang itu kelihatan seksi.
Mula dari saat itulah, saya mengumpul foto-foto seniwati atau artis lama atau pun separuh lama, termasuk dari Indonesia, yang pada pandangan mata saya, yang boleh dianggap seksi.
Tak taulah macam mana pula dari pandangan sudut mata Encik Mustafar sendiri. Seksi ke tidak?
Foto-foto tersebut, saya re-shoot (re-photo) dari majalah-majalah dan akhbar-akhbar lama termasuk juga laman-laman web di alam maya serta juga blog FK sendiri.
Itu sebab ada di antara, kualitinya kurang memuaskan. Tetapi ok, dan boleh pakai.
Saya harap dapat sekiranya Encik Mustafar memuatkan dalam FK yang kini sudah saya anggap cukup popular kerana mengandungi banyak artikel menarik dan ada diantaranya pula sangat sukar diperolehi.
Dengan adanya penyiaran foto-foto seksi ini, saya menyangkakan hits (kunjungan) FK akan semakin bertambah ramai. Jika kena gayanya ia akan mengatasi pageviews entri "Pergimu Takkan Kembali Lagi". Percayalah!
Itulah harapan saya, tetapi kalau tidak sesuai tidak mengapa, Encik Mustafar simpan sajalah. Mana tahu, jika boleh pula digunakan pada masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Daripada saya, OSMAN ABDULLAH,
Nusajaya, Johor Bahru, Johor.
Begitulah nota yang tercatat. Dan hati pun berkata: "Boleh tahan, kreatif juga si Osman ni."
Agak menarik (sebenarnya saya pun sudah lupa), diantara banyak foto yang saya terima itu, ada beberapa foto yang saya ambil sendiri.
Contohnya, foto Noor Azizah (12b). Ia merupakan foto poster bersama Hail Amir terdapat dalam majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) yang pernah saya kendalikan.
Saya masih ingat, foto Noor Azizah saya ambil di rumahnya di Taman Seputeh, Kuala Lumpur, pergi bertemankan Bahyah Mahmood, dan bersamanya ketika itu, Hail Amir dan Dayang Sulu.
Majalah tersebut ada saya simpan, tetapi bila saya selongkar dan cari tidak pula ditemui. Hilang, agaknya.
Saya mengambil keputusan menyiarkan foto-foto sumbangan Osman Abdullah ini, sebab saya menganggapnya ia sebagai siaran ulangtayang (replay).
Ini kerana, foto-foto tersebut pernah tersiar di mana-mana (majalah dan akhbar) dan berulang-ulang kali, termasuk laman web Finas, Cinemamalaysia.
Apa yang istimewa, kreatif Osman Abdullah mengcrop foto-foto tersebut yang menjadikannya nampak begitu menarik (seksi), sedangkan foto-foto asalnya tidak ramai yang ambil peduli.
Mungkin ramai yang tidak senang foto-foto tersebut dipaparkan, tetapi itu hak mereka. FK hanya mengimbas kembali keseksian selebriti Malaysia dulu-dulu, tidak lebih dari itu.
Terpulang kepada setiap pengunjungnya menentukan ke arah mana mahu diletakkan - seksi atau tidak seksi.
Lagi pun kalau tidak terkumpul di sini (FK), ia tetap dan masih berlegar-legar di sana dan di sinun (pinjam cakap P.Ramlee). Ertinya, sama saja.
3a. NORMADIAH
3b. NORMADIAH
4a. LATIFAH OMAR
4b. LATIFAH OMAR
5a. SALOMA
5b. SALOMA
6a. SARIMAH
6b. SARIMAH
6c. SARIMAH
7a. SA'ADIAH
7b. SA'ADIAH
8a. ZAITON
8b. ZAITON
8c. ZAITON
9a. MARION WILLIS
9b. MARION WILLIS
10a. MARIA MENADO
10b. MARIA MENADO
10c. MARIA MENADO
11a. HASHIMAH YON
11b. HASHIMAH YON
11c. HASHIMAH YON
12a. NOOR AZIZAH
12c. NOOR AZIZAH
13a. FATIMAH AHMAD
13b. FATIMAH AHMAD
14a. KASMA BOOTY
14b. KASMA BOOTY
14c. KASMA BOOTY
15a. SALMAH AHMAD
15b. SALMAH AHMAD
16a. SURAYA HARON
16b. SURAYA HARON
17a. ROSE YATIMAH
17b. ROSE YATIMAH
17c. ROSE YATIMAH
18a. RAHMAH RAHMAT
18b. RAHMAH RAHMAT
18c. RAHMAH RAHMAT
19a. TEH FARIDAH
19b. TEH FARIDAH
20a. DAYANG SULU
20b. DAYANG SULU
21a. S. ZAMILAH
21b. S. ZAMILAH
22a. ANITA SERAWAK
22b. ANITA SERAWAK
23a. NORMAH ZAINAL
23b. NORMA ZAINAL
27a. SOPHIA IBRAHIM
24b. SOPHIA IBRAHIM
25a. ROSNANI
25b. ROSNANI
26a. DAYANG SOFIAH
26b. DAYANG SOPHIA
26c. DAYANG SOFIAH
27a. MARIANI
28a. SHARIFAH HANIM
29a. NORSIATI
29b. NORSIATI
30a. K. FATIMAH
31a. NORIZAN
32a. JUNAIDAH
33a. ANITA JAAFAR
34a. UJI RASHID
35a. NORZIE NANI
35b. NORZIE NANI
36a. JAH MAHADI
36b. JAH MAHADI
36c. JAH MAHADI
37a. JULIE SUDIRO
37b. JULIE SUDIRO
38a. NORAN NORDIN
38c. NORAN NORDIN
38b. NORAN NORDIN
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
Artis dlu xde media social yg ramai makcik pakcik bwg nk komen mcm ustazah dan ustaz kalau sekarang dh lunyai kne viral
ReplyDelete