20 August 2014

Video Fasha Sandha Diganggu Makhluk Halus semasa Penggambaran

Sebelum ini dia biasa mendengar pengalaman seram yang dilalui beberapa rakan artis lain yang menjanlani penggambaran filem seram atau mistik. Lantas timbul juga perasan risau saat dia diberitahu untuk set penggambaran filem Penanggal yang dibintanginya melibatkan lokasi di dalam hutan dan penggambaran di waktu malam.

Bagaiamanapun pelakon jelita Fasha Sandha bersyukur kerana sejak dari awal hingga tamat penggambaran dia tidak mengalami apa-apa ganguan pelik ata dalam erti kata lain gangguan makhluk halus.

" Ini filem seram saya yang kedua sebelum filem Gong, tapi itu dalam lama dulu. Saya biasa juga dengar rakan artis lain yang kalau mereka shooting filem seram, lebih-lebih lagi kalau dalam hutan atau rumah kosong, ada yang mengalami gangguan. Allhamdulillah, sepanjang penggambaran saya tak ada alami apa-apa pengalaman misteri.

"Saya ikut pesanan mak saya iaitu minta izin dan jaga tatatertib. Jadi bila sepanjang di dalam hutan, apa saja yang saya buat saya akan minta izin. Iyalah, kita datang tempat orang kan... Dalam hutan tu, pokok-pokok semuanya hidup, tanah pun hidup. Saya cakap, "Saya minta izin. Saya datang sini nak bekerja. Tolong jangan ganggu saya".

Saya pastikan, tisu pun saya tak buang merata-rata", katanya ketika ditemui pada malam preview Penanggal, di e@Curve, kelmarin.

Penggambaran Penanggal dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2011. Ketika itu hanya beberapa bulan saja lagi sebelum Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram (Jejai)

0 comments:

Post a Comment