Trend artis berhijab cukup popular hari ini di Malaysia dan malah menjadi satu fenomena yang positif kepada industri hiburan tanahair yang kini banyak membuat drama dan filem yang berunsur islamik akan tetapi lain pula kisahnya di negara jiran.
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Marshanda mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.
Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai. Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
"Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.
"Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya. Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung.
"Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu. "Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.
Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.
"Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.
Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut. Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
"Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.
* Kalau kat Malaysia minah nie kompom dah kena talbiah dek Badrulamin kih kih...
Kejutan..Artis Buka Tudung Kerana Kecewa?!
Sunday, August 03, 2014 / in Info Artis / with No comments /
Related Posts:
Foto-Foto: Baby Shower Rozita Che Wan Meriah!SEPT 2014: Amboi seronok Murai Batu melihat foto-foto yang dimuat naik oleh official fotografi , SYS image menerusi Instagram mereka di majlis Baby Sh… Read More
Apabila Artis Wanita Malaysia Tanpa MakeupApabila Artis Wanita Malaysia Tanpa Makeup | Kalau sudah nama pun artis, penampilan yang cantik dan menarik sememangnya penting.NUR FAZURASITI NURHALI… Read More
Aliff Aziz kembali ke KL selepas Aidiladha KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia seni dan pulang ke Singapura, Aliff Aziz dijangka kembali ke Malaysia selepas Hari Ray… Read More
Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014 KL, 23 SEPT 2014: Penyanyi Stacy yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia musim keenam telah menempa pelbagai kejayaan setelah menjadi … Read More
Hanez Suraya Bawa Diri Ke Pulau Rahsia? KL, 29 SEPT 2014: Murai Batu tak tahu lah apa sebenarnya status pelakon, Hanez Suraya dengan pasangannya Romzie. Yelah satu ketika dulu katanya merek… Read More
0 comments:
Post a Comment