SELAMA 4 TAHUN BERSAMA SUAMI, SELAMA ITU SAYA RASA KESEORANGAN - RAJA FARAH | Lama sudah tak mendengar cerita mengenai pelakon ‘Aku Masih Dara’ ni kan? Semenjak berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria kira-kira 4 tahun yang lalu, Raja Farah telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.
Malah, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa dia dan suaminya berhijrah ke Kelantan semenjak Januari yang lalu semata-mata mahu mengelak orang ramai menghidu masalah rumahtangga mereka.
Bagaimanapun, ketika ditemubual oleh Kosmo! Online, pelakon wanita berusia 26 tahun itu menafikan kontroversi bahawa rumahtangganya sedang bergolak.
Foto Raja Farah dan suaminya
“Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian.
Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin.
Banyak konklusi boleh dibuat cuma apabila berkaitan peribadi saya lebih suka mendiamkan diri. Kami tiada sebarang masalah besar cuma biasalah kalau bergaduh manja.
Saya akui, tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Dia di Pulau Perhentian dan saya pula sibuk dengan penggambaran program Rasa Halal Antarabangsa di luar negara.
Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa. Dia balik ke Kuala Lumpur, saya pula terbang ke luar negara dan begitulah sebaliknya.
Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu saya sahaja, kemudian timbul macam-macam andaian. Pinta saya, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.”
Raja Farah juga menjelaskan bahawa keputusan dia dan suami ntuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan bukanlah untuk menepis spekulasi yang timbul, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa untuk suami. Bagaimanapun, mereka mungkin akan kembali menetap di Kuala Lumpur selepas ini.
SELAMA 4 TAHUN BERSAMA SUAMI, SELAMA ITU SAYA RASA KESEORANGAN - RAJA FARAH
Monday, August 18, 2014 / in Info Artis / with No comments /
Related Posts:
Wajah sebenar ibu Nelydia Senrose yang amat mengejutkanSebelum ini, pelakon wanita hebat seperti Nora Danish, Lana Nordin dan Emma Maembong telah berkongsi gambar wajah ibu mereka masing-masing di laman In… Read More
Ini Dia 10 Penyanyi K-Pop Tercantik (Gambar)Memang cantik kan artis-artis korea ni...sebab apa..??..pembedahan plastik...tak tahu juga lah..Jom kita lihat antara 10 penyanyi K-pop paling cantik … Read More
5 Gambar Hot Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam!5 Gambar Hot Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam! - Jika korang peminat setia rancangan Akademi Fantasia, pasti korang kenal gadis ini. … Read More
3 Gambar: Pakai Lengging Ketat Tapi Bertudung, Adira Dikritik Peminat3 Gambar: Pakai Lengging Ketat Tapi Bertudung, Adira Dikritik Peminat - Adira sekali lagi menimbulkan kontroversi ketika memeriahkan satu majlis anjur… Read More
WAJAH GABRIELA SPANIC SEKARANG : PELAKON TELENOVELLA LA USURPADORA (10 GAMBAR)CougarMasihkan anda ingat Gabriela Spanic? Pelakon jelita ini menjadi popular selepas membintangi telenovella La Usurpadora yang ditayangkan diNTV7 aw… Read More
0 comments:
Post a Comment