5 November 2014

Sakit Ketika Hubungan Intim



Troubled woman, husband in background
Gambar: TPG News

Wanita dan lelaki sememangnya dicipta satu sama lain untuk menikmati hubungan seks yang halal dan menyeronokkan. Namun, apabila ia jadi menyakitkan untuk wanita, ada sesuatu yang tidak kena. Ketahui apa punca-puncanya.

1. Faraj kering
Ini adalah sebab utama kesakitan yang dirasai kebanyakan kaum wanita. Rembesan ketika anda terangsang sepatutnya menyebabkan dinding faraj basah dan memudahkan hubungan intim dijalankan. Mungkin kerana anda tidak bersedia atau berminat dengan aktiviti tersebut. Gunakan pelincir dan tingkatkan aktiviti ringan sebelum anda ‘bersama’ dengannya.

2. Radang faraj
Seperti yang diketahui, kemaluan wanita berada begitu dekat dengan pundi kencing. Justeru itu, adalah penting untuk anda menjaga kebersihannya bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Ia boleh berjangkit kepada faraj dan menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan intim.

3. Vaginismus
Ini sering kali berlaku kepada si pengantin baru yang pertama kali melakukan hubungan seks. Perasaan takut akan mencetuskan kemutan otot sekaligus menyebabkan faraj tertutup. Ini terjadi kebanyakannya disebabkan percampuran emosi seperti rasa bersalah melakukan seks, sejarah hubungan kelamin yang menyakitkan serta kurang ilmu mengenai kemaluan sendiri.

4. Alahan
Tidak semua pencuci alat sulit wanita, sabun atau gel pelincir sesuai dengan anda. Dinasihatkan untuk berhenti menggunakan kesemua barang ini jika ia menyebabkan radang pada faraj.
Jika masih ragu, rujuklah doktor untuk mendapatkan lebih penjelasan dan penyelesaian. Jangan sesekali malu untuk mendapatkan rawatan. Hubungan seks yang bermasalah adalah antara perosak hubungan rumahtangga.
 

0 comments:

Post a Comment