1 November 2014

The Running Man jumpa peminat petang ini


The Running Man jumpa peminat petang ini
Peminat teruja menantikan persembahan The Running Man di Stadium Negara pada petang ini. - Foto Fail



KUALA LUMPUR: Peminat The Running Man teruja menantikan kedatangan bintang-bintang program realiti itu di Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Lee Kwang Soo bersama rakan seangkatannya Ha Dong Hoon, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin dan Song Ji Hyo akan bertemu peminat di Stadium Negara petang Sabtu.

Bintang The Running Man ini kembali ke Asia sempena 'Hotlink Race Start' musim kedua di Malaysia'.

Buat kali pertama, anggota The Running Man akan menghiburkan peminat dalam persembahan dan aktiviti menarik selama dua jam. Malah peminat bertuah juga berkesempatan berkongsi pentas bersama mereka.

Sebelum itu mereka akan membuat kemunculan di kompleks membeli-belah Paradigm Mall di Petaling Jaya terlebih dahulu untuk sesi autograf bersama peminat.

Susur masa Twitter pantas dengan kemaskini status berkenaan kedatangan The Running Man ke sini terutama melalui #RaceStartMY.



0 comments:

Post a Comment