10 January 2015

Ayah keseorangan, Anak bermewah-mewahan.



Bagai kacang lupakan kulit. Seorang bapa berusia 80 tahun mendakwa kehidupannya diabaikan tujuh anaknya selepas masing-masing berjaya memperoleh kesemua harta yang diusahakan selama ini.

"Bayangkan betapa hancurnya perasaan saya, apabila tiada seorang anaknya pun yang datang bersalaman dan mencium tangan saya pada Aidilfitri lalu sedangkan mereka bermewah dengan harta yang saya usahakan".

Source : FoBN

9 January 2015

[INFO] Pukau ! Jangan ambil Mudah !




Takut Kena Pukau ? Apa Tanda-Tanda Terkena Pukau ? Bagaimana Nak Elak Kena Pukau ?


PENGAMAL ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat.Kegiatan pukau-memukau berlaku melalui perantaraan jin ke atas mangsanya yang memungkinkan mangsa itu tewas hingga tidak sedarkan diri.


Jin diperintah menguasai pergerakannya, menyebabkan dia tidak berdaya melawan atau bertindak. Kadang kala kesedaran wujud tetapi berada ditahap lumpuh hingga tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalang niat buruk orang yang memukau.


Mangsa pukau boleh melihat orang luar memasuki rumahnya dan merompak barang-barang berharga tetapi dia tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalangnya kerana kesedaran serta kekuatannya dikuasai unsur-unsur sihir. Mangsa seperti tergamam, terkaku, tenggelam punca atau kadang kala tidur dengan nyenyaknya kerana akal dan fikiran diresapi makhluk halus.


"Begitulah jahatnya ilmu pukau yang berfungsi melalui amalan sihir. la tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan," kata Dr. Amran Kasimin, pensyarah Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.Menurut Dr. Amran, yang juga salah seorang perawat kanan di klinik Darussyifa' di Bangi, Selangor, ilmu pukau tidak hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja sebaliknya diamalkan oleh semua kaum. Ilmu pukau tidak kenal siapa mangsanya.


Sesiapa sahaja boleh terkena pukau kerana kekuatan unsur luar mengatasi kekuatan roh seseorang mangsa.Seorang peguam tiba-tiba mengubah hujahnya kerana rasukan pukau. Seorang ahli politik atau pemidato menjadi gerun dan tergamam sebaik sahaja naik ke pentas untuk berucap.


BAGAIMANA AMALAN PUKAU DILAKUKAN


Menurut Dr. Amran, dalam masyarakat Melayu, amalan pukau dilakukan melalui pancaran dan pandangan mata, sentuhan atau pengerahan roh kepada orang yang dipukau melalui ungkapan jampi mentera.


Pertama, Bersalam merupakan satu tradisi bagi orang-orang Melayu setiap kali bertemu. Amalan itulah yang memberi kesempatan kepada orang yang memukau untuk mengenakan ilmu jahatnya itu.Ketika sedang bersalam, kedua-dua pihak memandang antara satu sama lain.

Apabila mata bertentang mata, pancaran jahat daripada mata orang yang memukau akan menembusi jiwa dan otak mangsa menyebabkan dia terpukau.Akibatnya, mangsa berkeadaan khayal, terkaku dan tidak sedarkan diri. Dia juga tidak berupaya bertindak kecuali menurut segala perintah yang diberikan kerana kekuatan unsur-unsur sihir menguasai dirinya.


Menurut Dr. Amran, kaedah ini kerap digunakan untuk memukau dan memuja seseorang wanita. Akibat pengaruh sihir, wanita itu sekonyong-konyong tergila-gila dan teringat-ingat kepada lelaki berkenaan.


Proses memuja dilakukan semasa wanita berkenaan sedang tidur. Jin akan menjelma dalam mimpi mangsa dengan cara menyerupai lelaki yang memujanya.Sebaik sahaja sedar daripada tidur, mangsa itu seolah-olah ternampak gambaran? lelaki yang memujanya. Melalui amalan sihir, jin bertindak mempengaruhi pemikirannya hingga menyebabkan dia tidak dapat melupakan lelaki itu, lantas menyerah diri kepadanya.


"Fikiran dan ingatan mangsa hanya tertumpu kepada lelaki berkenaan. Siang dia rindu, malam dia rindu dan akhirnya dia pergi ke rumah lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Dr. Amran."


Pada waktu itu tiada sebarang nasihat yang berupaya menghalangnya. Keluarga ditinggalkan, saudara mara dilupakan," katanya.


Kedua, Satu lagi kaedah memukau ialah melalui sentuhan sama ada dengan menepuk bahu atau belakang atau berjabat tangan.


Dr. Amran berkata kaedah itu turut melibatkan pancaran jahat daripada mata orang yang memukau kepada mata mangsa ketika mereka memandang satu sama lain sewaktu berjabat tangan atau selepas bahu mangsa ditepuk.Kaedah itu kerap digunakan untuk tujuan jahat, seperti menculik atau mengambil harta mangsa.


Dalam keadaan separuh sedar, mangsa melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta.


Dalam beberapa kes, mangsa diperintahkan mengikut orang yang memukaunya ke bank dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaunnya dan menyerahkan wang itu tanpa sebarang bicara. Mangsa hanya sedar apa yang berlaku setelah orang yang memukaunya pergi jauh.


TANDA-TANDA TERKENA PUKAU


Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.


KAEDAH MENGELAK PUKAU


Pertama, kaedah paling berkesan untuk mengelakkan kesan pukau ialah dengan meminta perlindungan Allah yang merupakan pencipta semua makhluk termasuk jin, iblis dan syaitan.

"Berdoa dan membaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang lima waktu merupakan sebaik-baiknya amalan untuk menghindarkan segala kemungkaran dan perlindungan Allah memelihara keselamatan diri, harta benda serta rumah kita," kata Dr. Amran.


Kedua, kekuatan roh merupakan satu lagi kaedah untuk mengelakkan daripada terkena pukau. Satu cara untuk menguatkan roh ialah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.


Ketiga, selain daripada perkara-perkara wajib, amalan-amalan sunat seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang taubat pada waktu malam, berzikir, berwirid, berselawat dan sebagainya patut dilakukan secara terus-menerus dalam usaha bertaqarub atau menghambakan diri kepada Tuhan.


"Melalui amalan-amalan itu, Allah akan sentiasa menyayangi diri kita dan memberi kekuatan kepada diri kita. la memberi ketenangan jiwa dan mengelakkan berbagai-bagai penyakit, termasuk sopak dan penyakit gila," kata Dr. Amran.

Keempat, menurut beliau, orang yang dikasihi Allah akan dikurniakan sifat qaramah atau kemuliaan. Setiap permohonannya diperkenankan dan dirinya akan sentiasa terpelihara daripada kejahatan manusia dan gangguan syaitan.Beliau menegaskan bahawa cara terbaik untuk merawat seseorang yang terkena pukau ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, bukannya berubat dengan orang-orang yang melibatkan diri dengan sihir.

"Setiap penyakit yang melibatkan sihir, lawannya ialah ayat-ayat suci," tegas Dr. Amran.


Kelima, mangsa yang dipukau bagaimanapun boleh mengubati dirinya sendiri, jika berupaya, dengan cara menguatkan rohnya. Jika tidak berupaya, seperti tidak sedarkan diri, lupa atau tidak tahu membaca Quran atau didatangi haid bagi perempuan, mangsa boleh meminta pertolongan daripada orang lain untuk merawatnya."Berubatlah dengan orang yang beriman yang menggunakan kalimah-kalimah Allah sebagai penawar, bukan dengan mereka yang bersubahat dengan ibiis dan syaitan," tegas Dr. Amran.


Source : Rosminadam

Resipi Pavlova Simple Mimple !!

Pavlova Ringkas & Mudah pilihan kegemaran semua orang. 


Double Pavlova

Bahan – bahan meringue
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil cuka masak
4 biji putih telur 
175 gram gula caster ( icing sugar )

Bahan – bahan hiasan
Strawberry / Blueberry / Kiwi dan ape-apa buah yang lain ikut selera
Whipped Cream 250g

Cara-cara
1. Panaskan oven selama 15minit terlebih dahulu pada suhu 170c
2. Kemudian pukul putih telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula caster sedikit demi sedikit. Jangan lupa kacau secara berterusan.
4. Masukkan cuka masak dan tepung jagung.
5. Pukul sehingga berkilat dan bertanduk. ( Meringue tidak jatuh sekiranya diterbalikan ) 


6. Sediakan baking paper berwarna brown atau white. Sapukan sedikit marjerin.
7. Spreadkan meringue atas baking paper mengikut kreativiti anda.
8. Bakar di dalam oven selama 30-40 minit. Makin lama dibakar, makin crunchy. 
9. Apabila bertukar brown, biarkan pavlova sejuk seketika di dalam oven.
10. Hiaskan pavlova anda dengan whipped cream dan juga hirisan buah-buahan. Hehehe. Dah siap!

- Selamat mencuba ! -


Mini Pavlova


Mini Pavlova

Source : fasyshane

8 January 2015

Fakta Mengenai Kucing


Fakta Mengenai Kucing Yang Anda Belum Tahu

Kucing merupakan haiwan berbulu yang kita rasa nak picit-picit jika terlalu comel. Malah kucing juga mampu mengurangkan rasa stress jika dibelai. Anda boleh bookmark artikel kali ini untuk tontonan ketika stress tidak kira di rumah mahu pun pejabat.

1. Kucing menghabiskan 70% kehidupan mereka dengan tidur. Yup, termasuk dengan jumlah mereka tidur dengan anda
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_1

2. Kucing mempunyai lebih daripada 20 otot yang mengawal telinga mereka
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_2

3. Si comel anda tidak boleh rasa sesuatu yang manis
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_3
 
4. Risiko strok dan serangan jantung dapat dikurangkan jika kita memelihara kucing
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_4

5. Kucing jantan kebiasaanya adalah kidal. Okay, boleh periksa dan tanya kucing anda sekarang
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_5
 
6. Isaac Newton turut mendapat penghargaan kerana mencipta pintu kucing
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_6
 
7. Kucing dewasa membuat bunyi ‘meow’ adalah dengan tujuan untuk berinteraksi dengan manusia. Meowwww
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_7

8. Kucing boleh melompat hampir enam kali ketinggiannya
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_8
 
9. Sebelum melalui sesuatu ruang, kucing menggunakan misai untuk mengetahui jangkaan untuk melepasi ruang tersebut
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_12
 
10. Hidung kucing juga unik dan sama seperti cap jari manusia
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_10

11. Kucing akan menjilat diri mereka kerana mahu hilangkan bau badan anda daripada badan mereka
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_11

12. Kita akan menangis jika kucing hilang atau pun pergi meninggalkan kita selamanya
12-Fakta-Mengenai-Kucing-Yang-Anda-Belum-Tahu_9
source : 

Jumpa Gigi Dalam McD ?!


JEPUN Seorang pelanggan McDonald’s Jepun terkejut apabila menemui sebatang gigi di dalam hidangan kentang gorengnya.

Munurut laporan AFP, ibu kepada seorang anak itu memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa pengurus kedai yang datang melawatnya telah memberitahunya bahawa gigi itu telah ‘digoreng’, selepas aduan dibuat mengenainya.

Pelanggan itu mendakwa bahawa McDonalds hanya meminta maaf melalui lawatan pengurus kedai terbabit, di dalam kejadian yang berlaku tahun lepas itu.

“Pengurus itu tidak bercakap banyak mengenai bagaimana ia (gigi) masuk ke dalam (kentang goreng) dan apa tindakan susulan yang akan diambil.

“Saya mempunyai anak kecil dan ia amat menakutkan untuk memikirkan ada kebarangkalian dia boleh termakan gigi itu dan tercekik,” kata pelanggan itu.
Pelanggan di Jepun terkejut jumpa gigi dalam hidangan McDonald's
Seorang pelanggan McDonald's Jepun terkejut apabila menemui gigi di dalam peket kentang gorengnya, dan telah membuat aduan mengenainya.


Satu siasatan bebas yang diarahkan oleh McDonalds ekoran aduan itu mendapati gigi itu tidak ‘digoreng’.

“Kami tidak dapat memastikan bagaimana ia masuk ke dalam makanan,” kata Naib Presiden Kanan McDonald Jepun, Hidehito Hishinuma memberitahu sebuah sidang media di Tokyo dan memohon maaf di atas insidennya.

McDonald’s juga berkata tiada pekerjanya yang kehilangan gigi di dalam kedai di mana gigi itu ditemui.

McDonald’s berkata kemungkinan pencemaran yang berlaku di kilang Amerika Syarikat yang menghantar bahan makanan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes pencemaran makanan yang dilaporkan di beberapa kedai syarikat itu termasuk penemuan sekeping plastik vinil di dalam seketul nugget ayam di Misawa.

Turut ditemui adalah plastik keras di dalam ais krim sundae di Koriyama pada bulan Disember.

Mereka juga mengesahkan di sidang akhbar itu bahawa seorang kanak-kanak  yang mengunyah plastik itu mengalami luka di dalam mulut .

Presiden Kanan McDonald’s Holdings Jepun, Takehiko Aoki, telah meminta maaf di atas kejadian-kejadian itu.

[KISAH BENAR] 20 CARA BAGAIMANA LELAKI TUA 70an INI MENJADI KAYA !!!


[KISAH BENAR] 20 CARA BAGAIMANA LELAKI TUA 70an INI MENJADI KAYA



Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!



****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.” 
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja

Cara untuk jadikan anak Genius - by Dato' Fadzilah Kamsah


Beberapa cara nak menjadikan anak korang semua genius dan ini dikongsikan daripada syarahan dari Dato' Fadzilah Kamsah. Korang mesti nak anak korang jadi bijak dan pandai kan?Seterusnya jadikan mereka soleh dan solehah yang boleh doakan korang didunia dan diakhirat nanti.

cuma ada ibu bapa yg tidak prihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintarannya terbantut begitu sahaja. Sebab itulah ada kes, semasa kecil seseorang anak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilang begitu saja kerana tidak ada rangsangan berterusan dari ibu bapa mereka" -  
Dato' Fadzilah Kamsah

 Atas sebab musabab diatas ni, beberapa tips dan kaedah dia bagi, kita cuma perlu praktikkannya sahaja. InsyaAllah, semuanya berjalan lancar dengan izin-Nya.


1. Doa Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa, doa kita lah yang sangat penting sebab hanya Allah sahaja tempat kita memohon agar anak yang dilahirkan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, diberikan kecerdasan akal, akhlak mulia, mendengar kata dan berbudi bahasa. Bila semua ni tertanam dalam hati seorang anak itu, tidak mustahil anak itu boleh jadi genius macam yang diharap ibu bapa dia.


2. Ajar dengan bersungguh-sungguh

Anak yang genius tu akan suka mencari ilmu, sentiasa bertanya, dan sentiasa ada naluri ingin tahu. Ibu bapa perlu peka dan mengenal pastu potensi ini dari awal, dengan ini anak tu boleh dirangsang untuk menjadi genius. Dengan ini, ibu bapa perlulah bersungguh-sungguh untuk mendidik, menggalak dan merangsang keperluan yang ada ni dan mengunakan potensi yang ada supaya tidak disalahgunakan ke jalan yang salah, sebab tulah ibu bapa kena tegas dalam pembelajaran anak dan pantau dengan input yang diberi kepada anak.



3. Terima Anak Seadanya.

Semua apa yang kita impikan tu tidak semestinya Allah akan tunaikan. Sebab tu jangan terlalu letak harapan yang tinggi terhadap anak. Malah setiap seorang anak tu mempunyai tahap kepintaran dan kelebihan yang berbeza. Hanya kebijaksanaan ibu bapa yang boleh bantu anak untuk tonjol potensi yang mereka ada.


4. Sediakan suasana yg boleh merangsang.

Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tu dalam keadaan yang selesa. Ini sebab rumah yang aman damai ni membantu anak untuk merangsang otak mereka, contoh melalui pewarnaan dinding, barang permainan dan perhiasan rumah.

5. Pemakanan yang Seimbang dan Hidup Sihat.

Sentiasa bekalkan anak dengan makanan yang berkhasiat dan tentunya dari sumber yang halal. Kurang atau elakkan makanan segera, makanan ringan. Bersenam dan bersukan boleh membantu untuk boost tahap rangsangan otak anak anda semua. Kerapkan bersenam atau jadikannya sebagai rutin harian.



6. Sentiasa Kekalkan Hubungan Rapat dengan Anak.

Hubungan  ibu bapa dan anak jugak memainkan peranan penting dalam perkembangan otak mereka. Hidup dalam harmoni, rapat mesra, bertimbang rasa, bertolak ansur dan memahami satu sama lain dengan anak. Percakapan antara anak dan ibu bapa juga perlu dikawal supaya tidak ada kata-kata kesat yang keluar.

7. Menjalin Hubungan Rapat dengan Guru.

Sentiasa behubungan dengan guru sekolah anak anda dan bertanyakan status anak anda. Kadang kala, guru itu akan memberi lebih perhatian kepada anak anda dan sentiasa mengambil berat tentang anak anda.