7 January 2015

Hadiah untuk si Dia! (Part 2)



Kalau  sesiapa nak buat pasangannya tersenyum,

 berikanlah si DIA hadiah semasa hari

 lahirnya. Dia akan lebih menyayangimu.



Percayalah!

Post sebelum ni kita cerita pasal hadiah untuk wifey..kali ni kita cerita pasal hadiah untuk hubby pulak. So kaum hawa boleh take note sikit-sikit~..

10 Hadiah Untuk Suami yang Terchenta!


1. Gadget.


Macam-macam boleh bagi kat suami korang ni. Handset, Ipad, PlayStation, Xbox ke..kalo rase nak lagi secure boleh bagi GPS tracker, so korang boleh track ke mana suami korang pegi.

2. Baju Kemeja @ Jersi.


Bagi la kemeja, tak kesah jenis kasual ataupun formal. Boleh buat pegi kerja atau pun jalan-jalan dengan korang kan? Yang nampak hensem dan segak tu sape? Hubby korang jugak laa..hehehe..

3.  Kad Hari Jadi.


Kalau korang ni yang jenis tangan kreatif ni, boleh buat sendiri besaw-besaw. Takpun boleh je beli dekat kedai mydin tu.. ade je jual..huhuhu...
4. Aksesori Lelaki.

Dompet, jam tangan, tali pinggang, tie ke, kasut.. ataupun boleh bagi set perfume yang siap ade pencuci muka, deodorant tu semua.

5. Masak Menu Istimewa.


Hah! yang ni kekadang si kaum adam ni suka..lagi kalo masak lauk favorite dorang. Tapi boleh jugak masak spesel..buat lambchop ke..ikan steam ke..kena air tangan isteri sendiri yang masak..mengeratkan hubungan tu..jangan lupa!

6. Barangan Hobi.


Boleh jugak kalo beli barang-barang yang berkaitan dengan hobi hubby korang. Contoh kalo hubby korang suka men basikal, boleh belikan loceng basikal..kalo suka tengok Tv..belikan Tv besar sket..ikut ape hobi hubby korang..

7. Birthday Surprise.


Buat la birthday surprise. Boleh adjust dengan adik beradik dia untuk aturkan semua kejutan tu. Buat kek sendiri ke, pastu bila tepat 12.00 malam, tutup lampu pastu nyanyi dekat hubby korang.

8. Buku.


Hubby korang suka baca buku?Belikan buku baru untuk dorang. Tak kesah la komik ke, majalah yang berkaitan kereta ke, novel ke..tapi kalo dorang suka bace buku Mangga ke Playboy, sila bagi Buku Lima!..

9. Kereta.


Yang ni tak mampu nak berkata ape-ape.Belikan model kereta je boleh kot? Janji dapat la pegang kereta yang dia idamkan tu..

10. Anak?!.

Tak payah la saya nak terangkan panjang-panjang ye. Sendiri mau faham la. Tutup lampu je. HiHiHi!..

0 comments:

Post a Comment