8 January 2015

[PANAS!] Jangan Sesekali Lakukan Benda Ni Dalam HIDUP Anda !!!

 

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


1. Jangan sengaja melewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri akan terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
 

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
 

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
 

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tak datang (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
 

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan 
yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
 

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
 

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
 

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
 

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
 

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
 

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
 

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila 
berjaya dan kecewa pula bila gagal.
 

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
 

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
 

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang 
orang kepada kita.
 

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan 
ALLAH s.w.t.
 

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah 
kehidupan dunia untuk akhirat.
 

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin, kafir dan syaitan.
 

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
 

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah 
dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
 

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai 
tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
 

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan 
sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu 
dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

Source : KopiLekat

0 comments:

Post a Comment