5 December 2014

Cara Yakin Seksi dan Menarik


bed
Gambar: stock.xchgn

Hubungan anda dan suami di kamar tidur jangan dibiar sepi dan berlangsung bosan. Salah satu cara untuk mengelakkan ‘seleranya’ terhadap anda berkurangan adalah positif yang anda seksi! Bagaimana itu boleh terjadi?

Sentiasa berbau wangi
Walau dimana sahaja anda berada, pastikan tubuh badan berbau wangi dan menyegarkan. Jangan lupa pakai pelembap kulit dan haruman yang bisa bangkit rasa ghairah, walaupun ketika masak di dapur. Kalau si dia mendekati pun, anda rasa yakin untuk berlagak seksi dihadapannya kerana penampilan yang memberangsangkan.

Berpakaian seksi
Pilih pakaian yang sesuai dan selesa untuk anda, tanpa mengabaikan elemen fesyen yang menarik. Tidak semestinya berpakaian ketat sahaja boleh membangkit ghairah, malah baju jarang dan longgar juga ada sisi menarik tersendiri. Yang penting, anda selesa menyarungnya. Keselesaan memberi keyakinan kepada anda untuk bergerak bebas.

Dapatkan bentuk badan menarik
Bukanlah ingin mengagungkan mereka yang mempunyai bentuk badan menarik, tetapi adalah satu kewajipan untuk kaum wanita menjaga penampilan diri buat suami tersayang. Ia dapat menambah rasa kasih si suami kepada isteri tercinta malah menjadikan tubuh badan lebih segar dan berseri.

Elak selekeh
Sibuk dengan kewajipan menjaga anak, memasak dan mengemas rumah bukanlah tiket untuk anda memberi alasan malas merias diri. Tidak perlu olesan solekan tebal, cukup dengan berpakaian kemas dan cantik, berbau harum dan rambut tersisir rapi. Ia bisa tambah rasa kagum suami terhadap ‘kehebatan’ anda sebagai seorang ibu dan juga isteri.

0 comments:

Post a Comment