9 December 2014

Kisah Budak 2 Tahun Tidak Bersalah Terpaksa Di Potong Kedua Kaki dan Tangan kerana Kecuaian Hospital..


Bermula pada tanggal November 2010 Malyia Jeffers berusia dua tahun dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di Bilik kecemasan walaupun keadaan Malyia semakin serius.
Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.

Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.


Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.
Kecuaian pihak hospital berkenaan diambil tindakan di Mahkamah apabila ibubapa kanak-kanak malang tersebut menfailkan saman ke atas Hospital tersebut. Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.
Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.
Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.
Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun.






0 comments:

Post a Comment