9 December 2014

Perbuatan kejam trio kanibal terbongkar

  • Dari kiri: Pires, Silveira dan Oliveira     
  •  Dari kiri: Pires, Silveira dan Oliveira
PASANGAN suami isteri dan seorang wanita dihadapkan ke mahkamah di Brazil selepas didakwa membunuh dua mangsa serta menggunakan cebisan daging mereka untuk membuat pai.

Trio terbabit turut menjual sebahagian daripada pai berkenaan yang didakwa mengandungi inti tuna dan ayam kepada jiran dan beberapa premis termasuk sekolah di bandar Garanhuns.

Perbuatan kejam Jorge Beltrao Negromonte da Silveira, Isabel Cristina Pires dan Bruna Cristina Oliveira yang dipercayai perempuan simpanan Silveira akhirnya terbongkar selepas mereka cuba menggunakan kad kredit milik salah seorang daripada mangsa, April tahun lalu.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menyerbu kediaman mereka dan berjaya menemui mayat dua wanita dalam keadaan mengerikan.

"Sebuah jurnal setebal 50 muka surut berjudul Revelations of a Schizophrenic (Pendedahan penghidap skizofrenia) yang ditulis Silveira turut ditemui ketika serbuan itu dilakukan," jelas jurucakap polis.

Ketika disoal siasat, Silveira turut mendedahkan kononnya mereka adalah pengikut ajaran sesat yang melakukan 'penghapusan' di dunia dalam usaha untuk mengurangkan populasi manusia.

Dia mendakwa sering mendengar suara selain obses membunuh wanita.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku memperdaya ramai wanita ke rumah mereka dengan menjanjikan tawaran pekerjaan sebagai pengasuh antara 2008 dan 2012.

Jika didapati bersalah, ketiga-tiga tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara 30 tahun. - Daily Mail

0 comments:

Post a Comment