30 September 2014

Adi Putra Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Mekah

 adi putra mohon maaf sebelum berangkat ke mekah
KL, 29 SEPT 2014: Nampaknya sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba ini, ramai dikalangan artis yang tidak melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah Haji.
Selepas Dato’ Jamal Abdilah dan Afdlin Shauki, khabarnya pelakon Adi Putra pun turut tidak melepaskan peluang untuk ke tanah suci Mekah. Murai Batu dapat tahu apabila Adi Putra baru-baru ini memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya dan memaklumkan akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Menerusi foto tersebut Adi telah memohon maaf kepada semua individu agar mengampunkan semua kesilapan yang pernah dilakukannya.
Berikut merupakan kapsyen dan foto yang dimuat naik berkenaan:
 
Rata-rata pengikut pelakon KL Gangster ini mendoakan kesejahteraan, keselamatannya serta memohon agar Adi memperoleh haji yang mabrur.
Baguslah begitu, Murai Batu doakan agar urusan mereka dipermudahkan serta mendapat haji yang mabrur.

0 comments:

Post a Comment