27 September 2014

Ayat Nasihat Paling Tepat Untuk Anak Muda Di Universiti. Ibu Bapa Juga Wajib Baca!






Biasa dengar ayat ini? Belajar rajin-rajin sampai masuk universiti. Nanti dah habis belajar boleh dapat kerja yang bagus.

Ayat ini banyak dituturkan dikalangan nenek dan atok, dan ibu bapa juga tanpa menyedari ianya adalah nasihat yang salah.

Kami kongsikan pandangan dan kupasan dari Tuan Izwan Robotys (seorang IT Consultant dan graduan dari jurusan kejuruteraan) tentang isu ini.

Ayat “Nasihat” Paling Tepat Untuk Anak Muda Di Universiti

Membaca komen-komen sekitar post Tuan Zamri Mohamad dan Dato’ Roslan Ab Hamid tentang pendidikan di Universiti, saya jadi risau pula. Risau kita salah faham dan rasa Universiti itu tidak berbaloi dan membazir semata-mata.

Itu fikiran yang salah dan bahaya.

Universiti masih sangat relevan. Cuma kita sebagai masyarakat perlu faham apakah fungsi Universiti dan faham pula apa yang patut kita jangkakan apabila anak muda masuk ke Universiti.

Fungsi Universiti adalah mengembangkan pemikiran anak muda. Daripada pemikiran seorang pelajar menjadi pemikiran seorang intelektual.

Apa itu pemikiran intelektual?

Pemikiran intelektual adalah cara berfikir yang tersusun, mencari kebenaran dan tertakluk kepada disiplin ilmu masing-masing.

Pemikiran intelektual ini SANGAT sukar mahu dipelajari. Dan Hanya pemikiran intelektual inilah yang mampu berinovasi dan memberi jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang BELUM lagi wujud semasa anak muda ini belajar.

Yang menjadi isu adalah apabila masyarakat umum, yang mana lebih ramai ibu-bapanya tidak ke Universiti dan memberi nasihat yang salah kepada anak-anak mereka.

Nasihat yang salah: “Pergi ke universiti itu belajar rajin-rajin. Nanti bila sudah keluar boleh dapat kerja yang elok”

Itu adalah nasihat yang SANGAT bahaya.

Anak muda dan masyarakat umum akan mengejar “dapat kerja elok” SELEPAS mereka keluar universiti. Mereka akan TERLEPAS dari mengejar dan membina ‘Pemikiran Intelektual’ dan ‘Disiplin Ilmu’ yang mana menjadikan graduan universiti sangat seksi pada mata pemilik syarikat.

Bagaimanalah kita mahu mengubah masyarakat jika kita (graduan) perlu ‘di ajar’ setiap perkara.

Graduanlah yang sepatutnya berusaha mencari cara baru yang lebih baik dalam setiap aspek kehidupan.

Maka, nasihat yang betul kepada anak muda yang pergi ke Universiti adalah:

“Belajarlah daripada profesormu disiplin ilmu dan pemikiran mereka. SIAPkan semua assignment dan projek dengan sendiri dan pada waktunya. JANGAN meniru. Lebih baik markah rendah tetapi tidak meniru daripada markah tinggi tetapi meniru. Yang paling utama : hormatilah ilmu dan mereka yang menyampaikannya kepada kamu.”

Saya masuk ke universiti berbekalkan satu sahaja nasihat: “Belajarlah cara untuk belajar”

Dan saya keluar dengan superpower yang sangat hebat. Saya boleh belajar apa-apa pun bidang yang saya mahu. Hanya perlukan masa dan internet.

Dan nasihat tersebut datangnya daripada orang gila di kampung saya.

Sumber : Tuan Izwan Robotys, dengan izin [TV

0 comments:

Post a Comment