30 September 2014

Juruteknik maut pacuan empat roda rempuh belakang lori

I

POH: Seorang juruteknik maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh bahagian belakang kanan sebuah lori di Jalan Bemban, Kampung Pisang dekat Batu Gajah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari, Ahmad Nizam Mohamad Rose, 44, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan Mohd Hasrul Harudin, 33, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Lori berkenaan terletak di tepi jalan sebelum bahagian belakang kenderaan itu dilanggar pacuan empat roda jenis Hilux," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda itu datang dari arah Bemban menghala ke Kampung Pisang dan ketika kejadian keadaan cuaca baik dan jalan lurus. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment