Aliff Aziz: Bukan Saya Yang Curi Telefon Itu
KUALA LUMPUR, 30 SEPT 2014: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menafikan yang dia telah mencuri telefon bimbit seperti mana laporan daripada keratan akhbar di sana.
Menurutnya ketika kejadian, dia dan rakannya lain mengunjungi rumah kenalan yang lain sekadar lepak biasa dan berbual kosong.
Bagaimanapun, rakan Aliff Aziz yang sebenarnya telah mencuri telefon itu tanpa dia sedari.
Tindakan rakannya itu menyebabkan Aliff berasa sangat kecewa dengan sikap rakannya itu sehingga dia diheret sekali dalam kes ini.
"Saya bayar SGD2000 adalah untuk "clearkan" kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri," katanya yang dihubungi Murai bagi menjelaskan isu ini.
Aliff juga memberitahu rakannya itu telah disumbatkan ke dalam penjara dan telah dijatuhkan hukuman.
Tiada sebab Aliff untuk mencuri kerana dia mampu membelinya sendiri dengan hasil kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon.
"Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah," ujarnya. Aliff Aziz akan adakan sidang media dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu hadapan
0 comments:
Post a Comment