30 September 2014

Aliff Aziz kembali ke KL selepas Aidiladha



KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia seni dan pulang ke Singapura, Aliff Aziz dijangka kembali ke Malaysia selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

Hal itu dimaklumkan sendiri oleh ibunya, S Hafiza Basharahil.

"Insya-Allah, dia akan kembali meneruskan kerjaya seninya yang tertunda lepas Hari Raya Aidiladha.

"Malah dia akan berbincang dengan pihak pengurusannya sendiri mengenai kemungkinan mengadakan sidang media mengenai sebarang persoalan berbangkit," kata S Hafiza.


Aliff hari ini turut menjawab mengenai laporan sebuah akhbar di Singapura berkaitan beliau mencuri telefon bimbit kepada portal hiburan Murai.com.

Aliff menafikan berita itu dan memberitahu rakannya yang bertindak melakukan perkara berkenaan.

"Saya bayar SGD2,000 adalah untuk selesaikan kes ini supaya memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia.

"Undang-undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya tetap dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri.

"Teman saya itu sudah pun menerima pembalasan setimpal kerana dimasukkan ke penjara dan dijatuhkan hukuman.

"Saya harap penjelasan ini akan memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap kawan sendiri dan berharap dia akan berubah," katanya yang tidak tergamak melakukan hal sedemikian kerana mampu membeli telefon bimbit sendiri.

0 comments:

Post a Comment