29 September 2014

'Mummy lebih mesra, tak sabar jumpa mummy'

semalam.
“Sebak namun gembira

Sharlina serta keempat-empat anak Shalwati tidak dapat menahan sebak ketika berbual dengan Shalwati
< 1 / 1 >

KOTA BHARU - Keempat-empat anak pasangan Shalwati Norshal dan Azizul Raheem tidak dapat menahan sebak selepas dapat berbual dengan ibu mereka yang baru dilepaskan dari penjara di Sweden melalui perbualan telefon menggunakan aplikasi Tango.

Anak pertama pasangan itu, Aisyah Azizul Raheem, 15, sempat bergurau dengan ibunya dalam loghat Kelantan dan turut mengucapkan syukur selepas ibunya dibebaskan semalam.

“Kami amat gembira selepas mummy dibebaskan dan tidak sabar untuk bertemu dengannya.

“Mummy nampak lebih mesra dengan kami walaupun perbualan kami tidak berapa jelas, namun kami sekurang-kurangnya dapat berbual dengannya walaupun hanya 10 minit,” katanya kepada media ketika ditemui di kediaman ibu saudaranya, Sharlina Norshal di Padang Kala Peringat di sini.

Perbualan telefon berdurasi 10 minit itu turut disaksikan adik beradiknya, Ammar, 13, Adam, 12 dan Arif, 8 serta Sharlina, 43.

Shalwati menyambut panggilan itu dalam keadaan gembira walaupun dalam sebak, dia mengucapkan syukur di atas bantuan semua pihak yang terlibat bagi isu pembebasannya.

"Terima kasih kepada semua pihak Kementerian Pelancongan, Kedutaan Malaysia yang secara langsung dan tidak langsung membantu dan memberikan semangat kepada saya selama ini sehinggalah saya dibebaskan," katanya.

Shalwati dibebaskan dari mahkamah Sweden di daerah Solna pada jam 3.35 petang waktu Malaysia dan 9.35 pagi waktu Sweden.

Sementara itu, Sharlina berkata, tiada perkataan yang dapat diucapkan apabila dapat berbual dengan kakaknya itu. “Setelah setahun tidak berjumpa inilah perbualan pertama kami selepas dia dibebaskan dari penjara

dan Insya-ALLAH kami akan mengambil Shalwati di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Rabu nanti (hari ini) dan dijangka tiba pada jam 7.30 malam," katanya.

0 comments:

Post a Comment