30 September 2014

Sukan Asia: Saya perlu rehat panjang - Chong Wei

REAKSI...Wajah Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual wartawan sejurus tiba dari Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

SEPANG: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menyuarakan hasrat untuk berehat selepas Kejohanan Terbuka Denmark pertengahan bulan ini, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia, tahun depan.

Beliau akan membincangkan perkara itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pulang daripada kejohanan itu nanti.

"Saya perlu berehat agak panjang untuk bersedia (menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia). Saya akan bincang dengan BAM selepas Terbuka Denmark," katanya kepada media sejurus tiba dari Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

0 comments:

Post a Comment