30 September 2014

Shalwati Norshal bebas



Azizul Raheem bersama Shalwati.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Shalwati Norshal, 46, yang dipenjara 14 bulan di Penjara Hinseberg, Sweden, kerana mengasari serta mencabuli integriti empat anaknya, dibebaskan sebentar tadi.

Beliau disambut kakaknya, Noor Azila Makhzan, 52, sebaik melangkah keluar dari penjara itu pada jam 9.35 pagi (3.35 petang waktu Malaysia).

Sebelum ini, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari empat anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.


Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) manakala Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak mereka.

Azizul dibebaskan 9 Julai lalu.





AISYAH (kiri) bersama adik-adiknya (dari kanan) Ammar, Adam dan Arif menatap gambar ibu mereka Shalwati, ketika ditemui di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di Kota Bharu, semalam. - Foto Syamsi Suhaimi

0 comments:

Post a Comment