Nelydia Senrose puji Sharnaaz Ahmad
NELYDIA selesa dengan Qi Razali. - Foto Fail NSTP/Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Di alam realiti, umum tahu pelakon Nelydia Senrose bercinta dengan Qi Razali, namun di arena lakonan, ramai yang gemar melihat Nelydia berdampingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Selepas drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang disiarkan di Astro mencipta sensasi, Nelydia dan Sharnaaz akan muncul pula dalam drama 14 episod berjudul Setitis Kasih Damia menerusi slot Ratu di TV9 tidak lama lagi.
Nelydia yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan, beliau sendiri senang bergandingan dengan Sharnaaz.
Selain Sharnaaz, Nelydia memberitahu, beliau juga senang berlakon dengan Amar Asyraf ketika pertama kali berlakon drama Hingga Hujung Nyawa suatu ketika dulu.
"Tak dinafikan saya lihat ada keserasian antara kami di dalam skrin. Dia jenis yang suka mengkaji dan menyelidik karakter. Saya sendiri nampak dia bekerja keras dan mahukan yang terbaik dalam cerita yang dilakonkan.
"Selalunya, kami akan berbincang mengenai watak masing-masing dan tak sangka di skrin nampak hidup. Dia juga sangat fokus dan komited terhadap kerjanya. Sesuatu yang saya perhatikan, dia boleh bergurau dan mengusik di belakang kamera. Tapi kalau depan kamera dia seakan meresap roh karakter yang ingin dibawakan," katanya.
Mengenai kisah cintanya, biarpun kian terbuka mengenai sisi berkenaan, Nelydia belum berani bercakap mengenai kesudahan cinta mereka.
"Kalau ada ura-ura ke arah itu (berkahwin), saya pastinya akan berkongsi benda baik ini. Cuma masing-masing sekarang mahu fokus dengan kerja yang dilakukan," katanya ringkas.
KESERASIAN antara Nelydia dan Sharnaaz akan kembali lagi untuk drama Setitis Kasih Damia. - Foto Fail NSTP/Munira Abdul Ghani
Seperti kebanyakan artis lain yang menceburi perniagaan, Nelydia dan kakaknya, Uqasha Senrose juga sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan produk kecantikan. Mereka kini tampil dengan produk kolagen dipanggil Secretofsenrose.
"Baru sebulan saja perniagaan ini bernafas. Saya sendiri baru tiga bulan mencubanya dan ia ternyata memberi kesan baik. Ia membuatkan wajah kita berseri dan melambatkan proses penuaan. Boleh layari instagram @secretofsenrose untuk keterangan lanjut," katanya.
0 comments:
Post a Comment