Tiga individu mengaku bunuh bekas ratu cantik
Pasukan forensik mencari bahan bukti di sekitar kawasan pembunuhan. Gambar kecil: Berry dan Spear
< 1 / 1 >
TIGA lelaki dijatuhi hukuman penjara lebih 20 tahun setiap seorang selepas mengaku bersalah membunuh bekas ratu cantik Venezuela, Monica Spear, 29, dan bekas suaminya Thomas Berry, 39 di hadapan anak perempuan mereka berusia 5 tahun.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut ditembak manakala anaknya, Maya Veliz terselemat selepas ditembak di bahagian kaki ketika kereta yang mereka naiki rosak di sebuah lebuh raya di negara terbabit.
Menurut Mirror UK, Spear yang memenangi gelaran Ratu Cantik Venezuela 2014 tinggal di Amerika Syarikat, dan ketika kejadian mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari Puerto Cabello ke bandar ketiga terbesar di Venezuela, iaitu Valencia menaiki Toyota Corolla.
Insiden berlaku di El Cambur, kira-kira 322 kilometer dari Caracas.
Jean Carlos Colina, 19, Jose Ferreira Herrera, 18 dan Nelfrend Jimenez Alvarez, 21 mengaku terlibat dalam pembunuhan itu.
Colina dihukum penjara 26 tahun manakala Herrera dan Alvarez masing-masing dipenjara 24 tahun.
Spear dan Berry bercerai tahun lalu selepas empat tahun berkahwin. Namun, pasangan ini masih berkawan baik demi kepentingan anak tunggal mereka.
0 comments:
Post a Comment