29 September 2014

Sukan Asia: Korea Selatan aibkan regu negara

Korea Selatan yang sebelum ini beberapa kali memalukan skuad sepak takraw negara di pentas antarabangsa memandang rendah cabaran negara di Sukan Asia kali ini.
Tanpa berselindung, ketua jurulatihnya, Lee Ki-hoon menegaskan dia penuh yakin mereka mampu menewaskan skuad bimbingan Jamaluddin Hassan itu di laman sendiri.
Kekalahan menyaksikan negara mungkin terus mencipta sejarah untuk membawa pulang gangsa buat kali kedua di Incheon selepas meraih pingat sama dalam acara berpasukan apabila tewas kepada Thailand di separuh akhir.
Sejak sukan tradisi ini diperkenalkan, skuad negara tidak pernah membawa pulang gangsa dengan pencapaian terbaik di Beijing 1990 dan Hiroshima 1994 apabila meraih emas. Bermula Bangkok 1998, skuad negara terpaksa akur kepada kehebatan Thailand dengan memenangi perak.
Lawan lain skuad negara dalam Kumpulan B seterusnya ialah Brunei, India dan Nepal, manakala Thailand diundi bersama Myanmar, China, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A.
REAKSI kecewa pemain sepak takraw Malaysia yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohd Syazreenqamar Salehen (tengah) dan Mohammad Fadzli Muhammad Roslan (kiri) selepas kekalahan kepada Korea Selatan pada perlawanan antara regu sepak takraw lelaki di Gimnasium Bucheon, Incheon. - Foto Rosli Rahmat

0 comments:

Post a Comment