Sepasang kekasih ditahan selepas melanggar beberapa kenderaan semata-mata untuk melarikan diri daripada polis yang mengesan mereka sedang melakukan hubungan seks dalam kereta.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, berikutan insiden itu, suspek yang berusia 17 tahun berkelakuan mencurigakan ketika didekati pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam di Jalan Teknologi 3/6, Kota Damansara, di sini Selasa.
"Pemandu kereta itu memakir Inokom Atos biru di tempat gelap dan sunyi.
"Mengesyaki sesuatu, anggota peronda polis mendekati kenderaan itu dan meminta mereka keluar, bagaimanapun remaja terbabit terus memecut kereta itu," katanya pada Rabu.
Azmi berkata, bagaimanapun selepas sejam pihaknya mengesan kenderaan itu berhampiran Plaza Tol Damansara dalam keadaan remuk apabila ia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Honda Civic.
"Suspek serta merta ditahan di tempat kejadian.
"Kedua-duanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Shah Alam," katanya sambil menambah beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat perbuatan remaja terbabit.
Katanya, kes itu disiasat kerana memandu secara berbahaya dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
sumber
Pasangan Lakukan Seks Dalam Kereta Akhirnya Ditahan Polis
Wednesday, September 03, 2014 / in Info Setempat / with No comments /
Related Posts:
AWAS BAHAYA UPLOAD GAMBAR MAKAN DI Mc DNi satu peringatan yang serius untuk semua yang baca blog melekat lekit ni. Bukan tajuk ni sesaja bagi gempak untuk buat korang baca entri tapi memang… Read More
Kisah Anak Terdengar Perbualan Ibu 'Sapulah Air Liur Dikepala Abang Baru Senang Nak Masuk" Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya..Di… Read More
14 Foto Selfie 18+ Yang Tidak Seharusnya Berada Di Laman Sosial Media..Tidak sesuai untuk yang berusia 17 tahun ke bawah..!-- Blogger automated replacement: "https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets… Read More
Pengakuan Isteri Gersang Tidak Tahan Digoda SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota mene… Read More
TERKINI | Punca Ibu Kandung Di Ro gol Anak SendiriKUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah… Read More
0 comments:
Post a Comment