Wednesday, October 08, 2014 / in Info Setempat / with No comments /
Peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini tidak terjejas walaupun jerebu melanda di beberapa kawasan di seluruh negara.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail memberitahu Bernama di sini hari ini, keadaan jerebu adalah sederhana dan tidak menjejaskan penglihatan untuk melihat fenomena gerhana itu.
"Jerebu tidak tebal. Ia tidak menghalang orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini," katanya.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan hanya Tanjung Malim, Perak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu bacaan (112) setakat pukul 6 petang.
Sebanyak 34 kawasan mencatat IPU sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (72), Kemaman, Terengganu (64) dan Kuala Selangor, Selangor (53).
Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.
Sementara itu, menurut laman web Persatuan Falak Syari Malaysia, fenomena gerhana bulan penuh berlaku pada malam ini iaitu bersamaan 14 Zulhijjah.
Gerhana itu dapat dilihat dengan mata kasar BERMULA pukul 5.15 petang dan berakhir pada 8.34 malam.
Gerhana bulan akan hanya dapat kelihatan di seluruh Malaysia ketika waktu Maghrib, iaitu terbenamnya matahari di langit barat dan timbulnya bulan di langit timur.
|
Laguna Park Pulau Indah Pelabuhan Klang |
|
Tambak Pontian Kecil Johor Bharu |
|
Tambak Pontian Kecil Johor Bharu |
|
Tawau Sabah |
|
Saujana Utama, Sg Buloh |
|
Puchong, Selangor |
|
Petaling Jaya, Selangor |
|
Perlis Indra Kayangan |
|
Penang |
|
Tawau Sabah |
|
UITM Tapah, Perak |
|
Ipoh Perak |
|
Kuala Kubu Bharu |
|
Kuatan Port ,Pahang |
|
Pekan Nanas |
|
Menara Kuala Lumpur |
|
Jambatan Pulau Pinang |
|
Johor Bharu |
|
Etaewon, Korea Selatan |
|
Cheras, Kuala Lumpur |
|
Bukit Putra Mahkota |
|
Bukit Piatu, Melaka |
|
Bukit Gantang Taiping, Perak |
|
Bukit Baru Melaka |
|
Kuala Kubu Bharu |
0 comments:
Post a Comment