8 October 2014

Hukum Melakukan Plastic Surgery






Biarpun kejayaan pembedahan ini tidak boleh dipertikaikan, kita sebagai seorang Islam dilarang sama sekali untuk mengubah wajah kita yang telah dikurniakan Allah secara melampau TANPA sebarang sebab yang diharuskan syarak.





Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Ibnu Mas’ud)



Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja menyiksakan, bahkan merubah bentuk ciptaan Allah secara melampau tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.

0 comments:

Post a Comment