15 October 2014

Cabaran Min Luna Menggayakan Neelofa


cabaran min luna menggayakan neelofa
OKTOBER 2014: Sudah lebih dua bulan penampilan selebriti kontroversi, Neelofa di dalam program hiburan popular, Meletop telah diselenggarakan oleh Jurugaya Selebriti semakin meningkat naik, Min Luna.

Malah selama itu jugalah cabaran demi cabaran telah dihadapi kakak kepada pelakon terkenal Nadiya Nisaa itu bagi memastikan penampilan Neelofa sentiasa mengikuti piawaian pengacara berkenaan, apatah lagi dengan imej bertudung yang dimilikinya.



Dihubungi portal murai.com.my, Min Luna berkata dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah sepanjang berurusan dengan Neelofa, bagaimanapun dia akur selebriti berkenaan sangat menitik beratkan aura kesopanan sebagai seorang wanita berhijab.

“Saya senang bekerja dengannya kerana kami tahu apa yang dia mahukan. Dia seoarng yang selalu menepati masa dan ingin cepat dalam segala perkara jadi saya juga perlu bertindak secara profesional apabila berurusan dengannya.



“Bagi saya, asalkan Neelofa tahu apa yang akan dipakainya itu mencerminkan dirinya atau dia rasakan itu adalah dia, jadi dia tak ada masalah untuk menggayakannya,” katanya yang mula menggayakan Neelofa untuk sesi penggambaran sebuah jenama kad kredit.

Namun jelas Min Luna, sebagai wanita yang tidak berhijab, cabaran yang sering dihadapinya adalah untuk mendalami ritma fesyen wanita muslimah yang kekal sopan tapi masih mahu mengetengahkan ciri-ciri kemodenan.



Bagaimananpun dia bersyukur, dengan bantuan beberapa pereka fesyen terkenal tempatan seperti Syomir Izwa, Mimpi Kita, Adila Long, Rico Rinaldi dan Ezzati Amira kerjanya menjadi lebih mudah dan menepati citarasa pelakon berkenaan.

“Beberapa perkara yang menjadi kemestian dalam etika berpakaian Neelofa ialah pakaiannya tak boleh terlalu ketat, tudungnya juga perlulah panjang dan begitu juga dengan lengan tangannya. Tak boleh tampak singkat walaupun ketika tangannya diangkat.



“Jadi sebagai jurugayanya, saya perlu menghormati permintaan Neelofa ini. Saya juga tidak pernah meminta dia menyarungkan leggings mahupun inner sendat sebagai tambahan gaya penampilannya,” katanya penuh ikhlas.

Merupakan bekas Editor Kecantikan di majalah fesyen dan gaya hidup mewah, Glam, Min Luna bakal menggayakan Sharifah Amani dan adiknya, Nadiya Nisaa untuk Festival Filem Tokyo yang akan berlangsung pada 27 Oktober ini.

0 comments:

Post a Comment