Lisa Surihani Tunai Permintaan Suami
Mengakui dirinya seorang yang tidak gemarkan filem seram Lisa Surihani tak pernah terfikir yang beliau satu hari akan membawakan watak utama dalam filem sebegitu. Namun dek kerana pujukan suami, beliau menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Dendam Orang Mati.
BACA: Atasi Perdana Menteri, Lisa Surihani Punyai Paling Ramai Pengikut Di Twitter
“Sewaktu saya ke lokasi filem Ular, Yusry berkata pada saya kenapa tidak saya cuba cabar diri dan keluar dari zon selesa. Selepas itu saya pun memikirkan semula tentang tawaran itu dan saya beritahu Yusry yang saya kana terima tawaran itu tapi dengan satu syarat”
“Pihak produksi perlu beri saya sesi bengkel lakonan. Allhamduillah, saya dapat mengikuti bengkel lakonan bersama Fauziah Nawi. Melalui kelas beliau, banyak membantu untuk saya menghidupkan watak Lena ni. Dan apabila di set, Jason yang bertanggungjawab mengawal perimeter pewatakkan Lena. Tanpa dorong kuat dari suami saya, tunjuk ajar ibu Fauziah, Jason dan seluruh tenagan produksi, saya tak mungkin dapat lakukannya,” ujar Lisa Surihani.
Bercakap kepada media ketika tayangan perdana filem tersebut juga, Lisa Surihani juga mengakui tertekan dengan kerja dilakukan diakhir akhir penggambaran yang melibatkan babak mencabar seperti letupan dan kebakaran selain tempoh bekerja lama sehingga 28 jam.
“Saya mengalami sedikit tekanan mungkin sebab pembawakan emosi Lena. Tapi Yusry banyak memberi sokongan untuk melawan perasaan itu. Bayangkan kami jalani penggambaran sehingga 18, 23 hingga 28 jam lamanya. Balik rumah mandi kemudian datang set semula. Persekitaran set juga satu cabran buat kami. Set yang kotor dan seram,” tambahnya.
Filem Dendam Orang Mati bakal berada di pawagam bermula 23 Oktober depan. (rtky/m)
0 comments:
Post a Comment