31 October 2014

Waktu Baik Untuk Seks

Oleh: Farhana Fuad
02F51011 
 Gambar: INGimage



Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya inginkan sesi intimasi yang memuaskan dan ada baik jika mengambil kira waktu yang sesuai untuk maksimakan waktu bersama kalian berdua. EH! selidik beberapa info mengenainya dan berkongsi untuk pengetahuan pasangan suami isteri.



Waktu pagi

Tubuh badan kita sangat digalakkan untuk melakukan hubungan seks sewaktu bangun pagi. Menurut pakar, bukan hanya tahap testosteron dan tenaga yang tinggi pada waktu pagi, tetapi tahap oksitoksin juga meningkat yang boleh membuatkan anda dan pasangan lebih mesra selain endorfin dapat menceriakan mood kalian seharian.



Selepas bersenam

Ambil sedikit kesempatan selepas selesai bersenam dan tambahkan sedikit mood ghairah dalam hubungan untuk melakukan seks. Pakar menemui teori bahawa peredaran darah pada bahagian kemaluan wanita setinggi 169% tinggi selepas bersenam. Ini kerana tubuh menghasilkan testosteron iaitu hormon seks, jadi secara semulajadinya keinginan seks itu hadir selepas sesi berpeluh.



Selepas melalui hari yang pahit

Anda ingin hilangkan stres seharian di pejabat? Hubungan seks adalah satu pilihan yang baik untuk menamatkan stres. Ini kerana ia terbukti bahawa apa sahaja pergerakan fizikal atau sentuhan kasih sayang dapat membantu dalam menstabilkan semula mood dan mengurangkan stres. Sesi intimasi bersama suami juga dikatakan dapat menghilangkan stres serta buatkan anda lebih berkeyakinan dan berani.



Sebelum pembentangan kertas kerja yang besar

Kajian mendapati bahawa seks dapat relakskan sistem saraf dalam tubuh badan, merendahkan tekanan darah yang tinggi, dan menghilangkan stres. Kajian juga mendapati mereka yang melakukan seks sebelum memulakan pembentangan kertas kerja adalah lebih berkeyakinan dan kurang stres.



Selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan

Waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan adalah selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan seperti menonton filem seram. Ketika adrenalin memuncak, tubuh badan kita secara semulajadinya berada di tahap ghairah dan mood seks juga meningkat.



Ketika berasa kurang sihat

Ia kedengaran agak pelik, tetapi kajian mendapati bahawa seks dapat meningkat imunisasi sistem tubuh badan.

0 comments:

Post a Comment