Izara Aishah & Adib Khalid Rai Sambutan Hari Jadi Bersama
Walaupun tidak memberikan apa apa kenyataan tentang hubungan mereka kepada media, rasanya peminat sendiri boleh menilai yang Izara AIshah dan Adib Khalid kini lebih dari sekadar kawan. Beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke Instagram mengukuhkan kenyataan itu.
Seminggu yang lalu Adib Khalid memuatnaik sekeping gambar menunjukkan dirinya bersama Izara Aishah menyambut ulangtahun kelahiran pelakon itu bersama sama dan terbaru menerusi akaun Instagram Dato’ Siti Nurhaliza, mereka sekali lagi bersama menyambut hari jadi jejaka itu.
BACA: Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Kini Ada Kekasih Baru
Dalam gambar terbaru itu, kelihatan Izara Aishah selesa di kalangan ahli keluarga Adib Khalid termasuklan ibu kandungnya, Tengku Zawiyah yang turut hadir menyambut ulangtahun kelahiran puteranya itu. Tidak salah jika dikatakan pelakon itu diterima baik oleh keluarga Adib, heh.
Dato’ Siti Nurhaliza juga ada memuatnaik sekeping gambar tidak berapa lama kemudian menulis yang mereka sedang menjamu juadah makan malam yang dimasak oleh Izara Aishah sendiri di kediaman keluarga Adib Khalid. Oh manisnya bila tarikh kahwin? (rtky/m)
SUMBER Murai
0 comments:
Post a Comment