29 October 2014

REZEKI NUR FAZURA - PUNYAI PROGRAM REALITI SENDIRI DI SALURAN E!



Inilah yang dikatakan rezeki!

'Gagal' sekali bukan bererti gagal selamanya apabila Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 31, akhirnya menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri.

Lebih istimewa, Program dokudrama lima episod yang diberi judul 'Facing Up To Fazura' akan disiarkan di saluran antarabangsa E!. Ia akan mendedahkan kepada penonton mengenai suka duka kehidupan Fazura sendiri.






"It's official!!! I can finally share this exciting news with you, my beloved fans. My very own reality show, 'Facing Up To Fazura' debuts on E! Asia (Astro channel 712) starting Dec 11th. No more hearsay, here's your chance to really face me!" kata Fazura di laman Instagramnya.

Bagaimanapun, dia mengakui yang dia bukanlah seorang yang terbuka dalam soal peribadi, namun dia ada alasan tersendiri apabila menerima tawaran terbabit.

Fazura - dulu dan sekarang


"Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.

"Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka," tambahnya dipetik sebagai berkata.



Selain kisah peribadi, program itu juga menjadi program pertama Fazura memperkenalkan anggota keluarganya kepada masyarakat.

'Facing Up To Fazura' diterbitkan oleh penerbit sama bagi program realiti Filipina, It Takes Gutz to be Gutierezz, Karen Wiggins.

Program setengah jam itu bakal menemui penonton saluran E! pada pertengahan Disember depan.






0 comments:

Post a Comment