18 October 2014

BABAK PANAS PELUK LISA SURIHANI DAN MIERA LIYANA - FIZZ FAIRUZ MOHON MAAF



"Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yang menjolok mata. Ini adalah dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewaktu itu saya belum kahwin... saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.

"Saya tidak ambil kesempatan. Tapi ini adalah tanggungjawab dan saya buat itu adalah atas dasar anak seni", demikian kata Fizz Fairuz ekoran isu babak panas lakonannya dalam filem 'Dendam Orang Mati'.

Fizz Fairuz ditemui media ketika previu filem tersebut di e@curve, kelmarin. Semuanya bermula disebabkan karya arahan pengarah Jason Chong yang memerlukan Fizz memegang watak seorang suami kepada dua orang isteri iaitu Lena lakonan Lisa Surihani dan Min lakonan Miera Liyana.

Klik gambar untuk size besar




Ia menjadi bualan media apabila babak panas Fizz bersama Miera Liyana ditonjolkan di kolam renang juga babak ranjang yang agak panas.

"Saya terima tawaran filem ini kerana saya tahu yang heroin saya ialah Lisa Surihani. Kedua, saya tak pernah lagi bekerja dengan Jason, ini kali pertama. Sewaktu penggambaran saya tak berapa faham apa sebenarnya yang Jason mahukan, apa shoot yang dia nak rakamkan. Sampaikan saya pernah anggap yang pengarah saya ini gila.



"Tapi selepas saya menonton filem ini, saya boleh katakan yang saya sangat berpuas hati. Banyak ilmu yang saya dapat belajar sepanjang penggambaran filem ni. Lisa juga sangat baik dan memberikan lakonannya sekaligu membantu untuk saya mengeluarkan watak saya. Walaupun kami terpaksa jalani penggambaran berjam-jam lamanya, ada yang sampai 28 jam, tapi ia berbaloi. Masa tayangan tadi, ada babak yang saya sendiri pun tutup mata", tambah Fizz dipetik sebagai berkata.

Untuk info, filem terbitan Kru Studios ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 23 Oktober 2014.





0 comments:

Post a Comment