24 October 2014

Saudi henti biaya ISIL

  • ISIL didakwa melancarkan serangan gas beracun dalam serangan terbaharu di bandar Kobani. 
  •  ISIL didakwa melancarkan serangan gas beracun dalam serangan terbaharu di bandar Kobani.





RIYADH - ARAB SAUDI. Jutawan Arab Saudi, Alwaleed bin Talal mendedahkan bahawa kerajaan negara itu pernah menyokong kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang kini telah menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq serta Syria.

Menurut Press TV, kerabat diraja Saudi itu memberitahu beberapa ekstremis di Riyadh turut memberi bantuan dana kepada ISIL.

"Kini, kami tidak lagi membiayai kumpulan itu kerana kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk menghentikan 'sokongan' tersebut," katanya tanpa memberi butiran lanjut ketika diwawancara CNN.

Sebelum ini, bekas Ketua Risikan Arab Saudi, Putera Bandar bin Sultan pernah mendapat perhatian masyarakat dunia selepas banyak pihak menuduh beliau sebagai dalang utama di sebalik konflik yang semakin meruncing di Syria.

Dalam perkembangan lain, tentera Kurdish mendakwa kumpulan Takfiri menggunakan senjata kimia dalam insiden keganasan terbaharu di bandar Kobani, sempadan Syria.

Petugas perubatan memaklumkan gas beracun dilepaskan di kawasan timur bandar Kurdish terbabit, lewat Selasa lalu.

"Kebanyakan mangsa menunjukkan beberapa simptom seperti pening dan mata berair. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesahkan jenis senjata kimia tersebut," kata pegawai kanan Kurdish, Aysa Abdullah.

0 comments:

Post a Comment