Wajah Mengerikan Sebelum Dan Selepas Pembedahan
Wajah Mengerikan Sebelum Dan Selepas Pembedahan - Kinshaha: Seorang remaja yang berdepan dengan kemungkinan mati tercekik disebabkan ketumbuhan sebesar biji bola sepak pada rahangnya berjaya di selamatkan selepas menjalani pembedahan.
Grace yang berusia17, dari Republik Demokratik Congo mungkin mati jika ketumbuhan pada tulang rahangnya terus membesar.
Ketumbuhan tersebut membesar dari tengah tulang rahangnya, hasil pembentukan sel yang biasanya membentuk enamel gigi.
Bagaimanapun, Grace boleh bercakap dan makan namun tepaksa berhenti sekolah kerana malu.
Foto
KEADAAN Grace sebelum melakukan pembedahan.
Sebuah hospital kebajikan, Mercy Ships menawarkan bantuan menjalankan pembedahan selama empat jam untuk membuang ketumbuhan berkenaan, rahang bawah dan giginya selepas hospital tempatan gagal membantu.
Grace menderita teruk akibat ketumbuhan itu sejak 10 tahun lalu.
“Ia mula bengkak sedikit demi sedikit saja tetapi lama-kelamaan ia membesar.
“Kami pergi ke hospital tetapi doktor tidak tahu apa yang hendak dilakukan,” kata Grace.
Ibunya bernama Christine berkata, pihak hospital tempatan hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.
Penderitaan yang dialami oleh Grace itu disiarkan di Internet dan seorang pembaca mengesyorkan dia meminta bantuan Mercy Ships yang mengendalikan hospital kapal terbesar di dunia - Africa Mercy - yang menyediakan perkhidmatan kecemasan secara percuma kepada semua pesakit yang amat memerlukan.
Kehidupan Grace berubah sama sekali selepas pembedahan tersebut.
Dengan keyakinan baru yang diperoleh oleh Grace, Grace berharap untuk mengikuti kursus perubatan dan menjadi jururawat supaya dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sepertinya pada masa depan.
“Saya ingin bekerja secara sukarela dengan Mercy Ship, untuk membantu orang ramai,” katanya kepada media. Hmetro
0 comments:
Post a Comment