16 October 2014

Juliana Evans Mulakan Karier Di US



Oleh Izzat Ismail. Sumber dari Rotikaya

Rasanya peminat Juliana Evans pasti merindui keletah pelakon dan pengacara serba boleh ini. Selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat April 2014 yang lalu, dia semakin bersemangat untuk meneruskan pembabitannya di dalam industri terutama melibatkan kerja produksi.
Pengalaman di Los Angeles digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan dia mampu untuk bekerja di belakang tabir secara profesional suatu hari nanti. Bukan itu saja, ini juga sebagai salah satu cara Ju menyibukkan diri tatkala terasa rindu dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

Dalam masa yang sama, Ju turut mengintai peluang di sana dan gembira kerana diberi beberapa peluang menarik sepanjang pembabitannya secara tidak langsung. Buat masa sekarang, satu tawaran telah diterimanya dan bakal terlibat dengan produksi filem pada hujung tahun ini.

Tidak terhenti di situ, rezeki Juliana Evans di peringkat antarabangsa semakin murah apabila disunting sebagai duta kecantikan antarabangsa pada awal tahun depan iaitu Januari 2015. Semoga anak muda berusia 25 tahun ini bakal mencipta lebih banyak kejayaan serta dapat membanggakan negara suatu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment