9 October 2014

Nubhan Dah Bertunang!


Oleh Izzat Ismail. Kredit foto Instagram @samsultaherkaseh.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam iaitu Nubhan. Mengikut sumber, pelakon dan penyanyi ini telah selamat melangsungkan pertunangan baru-baru ini dengan gadis yang bernama Afifah Hidayah bt. Ahmad Tawfek.

Majlis yang telah diadakan secara sederhana ini telah berlangsung di kediaman keluarga tunangnya iaitu di Seremban 2 dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja. Buat pengetahun semua, Nubhan dan gadis berusia 25 tahun ini telah menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Nubhan turut memaklumkan tempoh pertunangan mereka akan berlangsung selama setahun dan selepas itu bergantung kepada persiapan serta tempoh pengajian Afifah setahun lagi di Mesir. Afifah yang akan menamatkan pengajian dalam bidang pergigian bakal melalui cabaran iaitu cinta jarak jauh. Namun, perkara itu bukanlah menjadi alasan bagi mereka kerana sebelum ini mereka telah melalui fasa yang sama ketika bercinta.

Ditanya apakah sifat Afifah yang telah menambat hati pelatun lagu Cinta Kasih ini, Nubhan secara terus terang memuji kecantikan selain sifatnya yang manja di matanya. Tahniah Nubhan dan diharapkan agar pertunangan ini bakal berakhir di jinjang pelamin!

0 comments:

Post a Comment