31 October 2014

Mahkamah Arah Pihak Produksi Bayar Johan RM170,100 Dengan Segera

 


Berita Harian hari ini melaporkan yang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan seorang pengarah serta syarikatnya untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Johan Raja Lawak dan isterinya.

Hakim Su Geok Yiam membuat keputusan menolak permohonan itu dengan kos RM5,000 serta memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya membayar ganti rugi dalam tempoh 31 hari bermula hari ini bagi tuntutan atas kecederaan yang dialami Johan empat tahun lalu.

BACA: Ozlyn Wati Tak Kisah Perangai Pengikut Di Akaun Instagram

Pada Julai 2014 yang lalu, mahkamah telah menetapkan yang Mohd Javed dan syarikatnya perlu membayar ganti rugi RM100,000 serta kos perubatan RM100 kepada Johan selain faedah 5% kepada Johan bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut mengarahkan defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri Johan iaitu Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlyn. (rtky/m)




SUMBER Berita Harian

0 comments:

Post a Comment