25 October 2014

Balotelli telur di hujung tanduk

  • Balotelli (kiri) hanya diberi masa kurang 70 hari untuk buktikan kemampuan sebagai peledak berbisa The Reds.  
  • Balotelli (kiri) hanya diberi masa kurang 70 hari untuk buktikan kemampuan sebagai peledak berbisa The Reds.




MARIO Balotelli hanya diberi masa dua bulan supaya memperbaiki prestasi cemerlang atau berdepan penyingkiran pada awal Januari ini.

Menurut laporan media England, karier penyerang Liverpool itu ibarat telur di hujung tanduk selepas mempamerkan aksi longlai sejak direkrut daripada AC Milan dengan nilai perpindahan RM83.8 juta.

Malah, pemain kebangsaan Itali itu juga terbukti kurang garang di depan gawang lawan apabila sekadar menghasilkan satu gol semasa pertandingan Liga Juara-Juara menentang Ludogorets.

Perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang pengurus The Reds, Brendan Rodgers yang bosan melihat penampilan tidak bermaya ditampilkan Balotelli.

Difahamkan, pihak Liverpool memberi amaran kepadanya agar tampil lebih jitu atau terpaksa bermain dengan pasukan baharu pada musim perpindahan awal Januari depan.

Namun, segala spekulasi itu boleh ditamatkan jika Balotelli dapat merobek jaring Hull City menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam ini.

0 comments:

Post a Comment