Sarah Jessica Parker Sahkan Bakal Ada Sekuel SATC
LOS ANGELES, 8 OKT 2014: Kepada semua peminat filem Sex And The City (SATC) dan pengamal fesyen seluruh dunia, masa yang dinanti-nantikan bakal tiba.
Ini kerana bintang Hollywood terkenal, Sarah Jessica Parker (SJP) mengesahkan bakal ada sekuel ketiga filem SATC berdasarkan perbualan di laman Twitter miliknya bersama-sama seorang lagi pelakon filem berkenaan Kristen Davis, Jumaat lalu.
Kenyataan berbaur khabar angin itu telah dikeluarkan SJP sebagai menyokong komen Jennifer Hudson sekali gus mengesahkan bahawa sekuel filem berkenaan bakal disambung tidak lama lagi.
Meskipun masih tiada kata putus atau kenyataan rasmi daripada pihak produksi filem berhubung kemunculan filem itu, tetapi menerusi komunikasi antara SJP dan Kristen Davis di laman Twitter , masing-masing melahirkan rasa cukup teruja dengan kemunculan filem berkenaan itu nanti.
Namun SJP turut melahirkan pendapat, bahawa dia tidak mahu telalu teruja dengan khabar angin berkenaan, tetapi amat berharap agar dia dapat bertemu dengan semua pelakon utama filem itu terutama peminatnya tidak lama lagi.
Selain kedua-dua bintang filem berkenaan, seorang lagi pelakon utama SATC, Kim Cattral turut memberi maklum balas positif terhadap kenyataan SJP di dalam Twitter kerana menyifatkan khabar angin seperti itu terntara cukup menggembirakan dirinya.
Khabar angin mula bertiup kencang apabila Jennifer Hudson yang pernah membintangi filem itu telah memberikan kenyataan berhubung kemunculan siri ketiga filem itu tidak lama lagi menerusi stesen radio Dish Nation.
“Saya rasa ianya akan terjadi. Seseorang telah datang kepada saya dan telah bercakap tentang perkara ini.
“Bagi saya apabila perkara ini telah dibincangkan, jadi rasanya ianya akan terjadi. Jadi marilah kita tunggu dan lihat saja kemunculannya,” kata Jennifer Hudson menerusi temubual stesen radio berkenaan.
0 comments:
Post a Comment