20 October 2014

PATAH TULANG RUSUK - FARID KAMIL SERIK BUAT AKSI 'STUNTMAN'




Bukan takut... tapi tak berbaloi dengan apa yang dilakukan. Tambah-tambah indusri perfileman Malaysia tidaklah begitu besar berbanding Hollywood atau negara lain yang memerlukan banyak aksi 'stuntman' yang mengerikan.

Mungkin itulah pendapat Farid Kamil yang kini mengurangkan tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri (stuntman) yang dilakukannya sendiri. Dia rasa agak insaf selepas beberapa kali mengalami kecederaan termasuk patah tulang rusuk.

"Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.





"Namun saya tidak letak limitasi pada watak aksi cuma saya hanya akan melakonkan aksi yang tidak begitu berisiko yang boleh mengakibatkan kecederaan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Farid mengalami patah tulang rusuk kiri ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2012, hingga mengakibatkannya sukar untuk bernafas.

"Ketika penggambaran itu saya sudah terlalu penat kerana bermula daripada 8 pagi hingga 4 pagi buat adegan pertarungan menjadikan saya tidak fokus.



"Saya rasa rusuk kiri sakit dan sukar untuk tarik nafas dan ketika itu juga saya ingin melangsungkan pernikahan dengan Diana Danielle (3 November 2012), saya makan pil tahan sakit dan keesokannya lepas majlis pernikahan itu saya tidak boleh bangun.

"Mereka bawa saya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang rusuk kiri saya patah," ujarnya ketika ditemui media selepas tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cineplaxes, Damansara.

Dalam filem itu, hampir 90 peratus aksi ngeri dilakukan oleh Farid sendiri. Semuanya gara-gara dia kurang berpuas hati dengan lakonan pelakon lagak ngeri dari Thailand yang kurang berdedikasi.

"Saya buat hampir semua aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan itu sendiri kerana tidak percaya melihat lakonan pelakon stunt dari Thailand.

"Dia hanya buat beberapa aksi berlari-lari yang pada saya tidak begitu mencabar tetapi memenatkan," tambahnya.












0 comments:

Post a Comment