19 October 2014

GOSIP FAUZI NAWAWI DENGAN MIERA LEYANA - HATI LISDAWATI TERLUKA



Hati isteri mana yang tidak terluka apabila timbulnya gosip hangat mengenai sang suami bermain cinta dengan wanita lain. Demikianlah halnya dengan isteri Fauzi Nawawi, 41, iaitu Lisdawati, 36, yang tergores hati gara-gara khabar angin hubungan mesra suaminya dengan aktres Miera Leyana.

Bagaimanapun, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, rasa terkilan dengan khabar angin tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan mesra dengan Miera. Katanya, dia sedar perbezaan umur antaranya dengan pelakon itu dan sama sekali tidak melakukannya.

"Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.





"Sebelum ini saya pernah bercakap; 'Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan' pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online semalam.

Untuk makluman, laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi dan Miera sedang bermain cinta dalam diam meskipun aktor itu sudah mempunyai isteri dan enam orang anak.

Dakwa akhbar itu lagi, Fauzi dan Miera telah dilihat berpegangan tangan seperti pasangan kekasih ketika keluar sebuah majlis.



Terdahulu, kata Fauzi, dia memang sudah lali dengan gosip seperti itu, namun dia bersimpati terhadap Miera memandangkan aktres itu baru saja ingin membina nama dalam industri hiburan.

"Macam saya... sudah 'kebal' dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu.

"Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yang bakal ditayangkan 6 November ini," tambahnya.

Untuk rekod, Fauzi mempunyai enam orang cahaya mata iaitu Hainal Fatiha, 18, Fariz Hazwan, 17, Hana Farisha, 15, dan Fikri Hakimi, 12, hasil perkahwinannya terdahulu.

Manakala hasil perkahwinannya dengan Lisdawati, mereka dikurniakan dua puteri iaitu Nor Aini Farhana, 5, dan Nor Aina Fazneesya, 4 dan Ahmad Nur Fyrdaus yang berusia empat bulan.

0 comments:

Post a Comment