ADVERTORIAL: Sokongan kepada pesakit barah payudara
SETIAP tahun, Oktober disambut sebagai bulan kesedaran barah payudara.
Tidak terkecuali Yayasan Sime Darby dan Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (CARIF) juga menyediakan pelbagai program berkaitannya dengan cara tersendiri bagi meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menjalani rawatan awal penyakit berkenaan.
Pada masa sama, sejak lima tahun lalu, Yayasan Sime Darby menganjurkan Sime Darby Ladies Professional Golf Association (LPGA) Malaysia untuk mengutip dana bagi menjalankan program dan penyelidikan berkaitan penyakit barah payudara.
Dengan bertemakan Women With Drive, kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia tahun ini, sekali lagi mengetengahkan peranan CARIF khususnya menyemarakkan semangat mengenai betapa pentingnya kesedaran tentang kanser payudara, mamogram dan rawatannya.
Interaksi dengan pakar
Ini kerana terlalu banyak pantang larang, stigma penyakit yang membuatkan ramai penderita barah hanya berserah pada takdir tanpa usaha merawatnya.
Menerusi inisiatif itu, The Amazing Raise, menyaksikan usaha kedua Yayasan itu menganjurkan program besar yang disasarkan di dua lokasi di Lembah Klang.
Program itu membolehkan orang awam berinteraksi dengan pakar untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya mengenai penyakit barah payudara, selain pelbagai aktiviti berkaitan.
Sabtu lalu, pengunjung diberi peluang mempelajari mini atau stimulator golf, bergambar di gerai foto CARIF, sesi rawatan kuku tangan dan kaki selain peluang memenangi cabutan bertuah.
Selebriti berkongsi cerita
Sementara itu, program sama juga akan diadakan di The Bee, Pusat Beli-belah Publika di Solaris Dutamas esok yang turut disertai oleh Duta Rasmi Sime Darby LPGA Malaysia tahun ini, personaliti televisyen, Daphne Iking dan penyampai radio swasta terkenal, Patricia Knudsen.
Daphne berkata, program itu memberikan pengalaman baharu sambil memahami dan menambah ilmu mengenai penyakit barah payudara secara mendalam.
"Ramai wanita bimbang mengenai barah payudara hingga menyebabkan mereka enggan melakukan imbasan mamogram dan pemeriksaan sendiri setiap bulan.
"Kita harap wanita lebih memahami barah dan kita berusaha membantu mereka bangkit untuk meneruskan perjuangan hidup. Saya menyokong kempen itu yang diadakan di lokasi tumpuan ramai. Gunakan peluang ini untuk membuat pemeriksaan percuma," katanya.
Patricia berkata, Sime Darby LPGA Malaysia yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Oktober ini akan memberi peluang orang ramai dan seisi keluarga mengikuti pelbagai program sampingan.
Program bermanfaat seperti Ladies Day (10 Oktober), Pink Saturday (11 Oktober) dan Hari Keluarga (12 Oktober) adalah aktiviti sihat yang patut disertai.
"Kejohanan golf ini akan memberi sesuatu yang berbeza kerana dihadiri oleh ramai selebriti tempatan sambil kita menghayati muzik dan permainan secara santai.
"Tidak kira anda pemain golf atau tidak, mari kita meriahkan aktiviti esok sebagai tanda sokongan kepada pesakit barah payudara," katanya.
Dana bantu golongan kurang kemampuan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CARIF, Prof Dr Teo Soo Hwang berkata, "CARIF yang ditubuhkan sejak tahun 2005 telah melaksanakan pelbagai program hasil kutipan dana berjumlah RM2 juta menerusi kejohanan sama terdahulu.
"Antaranya, Program Nagivasi Pesakit atau lebih dikenali Pink Ribbon Centre diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
"Dengan adanya pusat itu, ia dapat membantu komuniti yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan untuk menjalani pemeriksaan awal kemungkinan menghidapi barah payudara. Pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa mereka.
"Dana ini juga diharap mampu merealisasikan matlamat membuka lebih banyak Pink Ribbon Centre di hospital awam yang sama untuk membantu golongan yang berisiko menghidap barah ini," katanya.
Teo berkata, ketakutan wanita untuk menjalani pemeriksaan juga menyumbang kepada bilangan kematian pesakit di Malaysia yang lebih tinggi berbanding Korea dan Singapura.
Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman sesawang www.simedarbylpgamalaysia.com dan Instagram @SimeDarbyLPGA serta Facebook di www.facebook.com/SimeDarbyLPGAMalaysia.
0 comments:
Post a Comment