7 October 2014

Farhan Dera Bakal Suami Dengan 3 Kali Tol Di Majlis Persandingan

farhan dera bakal suami dengan 3 kali tol di majlis persandingan

KUALA LUMPUR, 8 OKT 2014: Bakal diijab kabulkan dalam beberapa hari saja lagi, penyanyi popular Farhan Azizan sudah merancang untuk mendera bakal suaminya ketika majlis bersanding mereka pada 10 Oktober ini.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Farhan berkata sesuai dengan konsep perkahwinan Melayu tradisional, bakal suaminya itu akan berhadapan dengan beberapa halangan atau lebih dikenali sebagai tol sebelum mereka disatukan di atas pelaminan indah.

“Itulah, kalau sudah konsep perkahwinan Melayu jadi sesi menahan pengantin lelaki sebelum naik ke atas pelamin sudah menjadi kemestian.

“Bakal suami saya akan dikenakan tol tiga kali iaitu tol pertama di mana dia perlu berhadapan dengan keluarga perempuan saya, kemudian tol kedua iaitu keluarga lelaki saya dan sehinggalah ketiga sebelum dia naik pelamin,” katanya teruja.

Majlis akad nikah dan persandingan antara Farhan dan pasangannya Ahmad Rashadan Mohd Suhaimi, bakal diadakan di Dewan Seri Endon, Putrajaya yang akan disaksikan hampir 1,000 tetamu jemputan pada 10 Oktober ini.

Jelas Farhan dia sangat teruja untuk untuk menanti hari bahagia berkenaan, lebih-lebih lagi majlis bersanding yang telahpun dirancangkan sepenuhnya oleh pihak penaja Nas The Great Idea dan persalinan daripada pereka fesyen Calvin Thoo.

“Saya memberikan sepenuh kepercayaan kepada Nas The Great Idea dan tahu-tahu sajalah sentuhan Nas nanti. Pastinya sesuatu yang istimewa bakal anda dapat lihat pada majlis resepsi itu nanti.

“Saya juga teruja untuk menyarungkan persalinan tradisional Melayu yang direka oleh Calvin Thoo. Di mana saya akan mengetengahkan persalinan songket pada hati itu.

“Sebelum majlis akad dan resepsi, akan turut diadakan majlis berinai yang juga merupakan salah satu keistimewaan majlis resepsi berkonsepkan tradisional Melayu, apatah lagi semua tetamu akan hadir dengan persalinan bertemakan Klasik Melayu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment