1 October 2014

Foto-Foto Perkahwinan Aktres Fiffy Natasha dan Muslim Azman



Foto kredit Amalina Tuna Photography


KUALA LUMPUR, 30 SEPT 2014: Tahniah buat aktres dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya yang selamat melangsungkan perkahwinannya semalam.

Dengan sekali lafaz, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, pada jam 11 pagi semalam.



Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.



Fiffy yang dihubungi media selepas majlis akad nikah tersebut bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.

Tambah aktres itu lagi, dia gembira dan tenang melalui saat baru dalam hidupnya itu. Malah sepanjang akad nikah berlangsung, hatinya tidak terlalu gementar dan lega semuanya berjalan lancar.



Majlis resepsi pasangan tersebut kemudiannya diadakan di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada sebelah malamnya.

Dan untuk majlis sebelah lelaki, tarikhnya masih belum ditetapkan dan berkemungkinan akan diadakan pada penghujung tahun ini di Kota Bharu, Kelantan.



Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Berikut ialah foto-foto perkahwinan Fiffy dan suaminya. Kredit diberikan kepada Amalina Tuna Photography.













Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment