2 October 2014

Kalau hati sudah suka

Shanghai: Seorang pengguna Internet memuat naik gambar pemuda tidak dikenali menunjukkan kasih sayang kepada pasangannya apabila melutut sambil memeluk erat paha wanita itu.

Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai di luar kilang komputer Quanta di Shanghai.
Gambar berkenaan terus mendapat sambutan hangat pengguna Internet.

Ada antaranya yang mempertikaikan sama ada berbaloi lelaki terbabit mengetepikan maruahnya di khalayak ramai semata-mata mahu memujuk wanita berkenaan.

LELAKI tidak dikenali memeluk erat kaki kekasihnya tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Malah lelaki itu turut menyerahkan sejambak bunga kepada kekasihnya tetapi dibuang wanita terbabit.

Pada satu ketika, dia memeluk wanita itu dengan begitu erat sehingga hampir menyebabkannya terjatuh. - Agensi
PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika menjalani sebuah penggambaran drama bersiri mungkin akibat terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan.
Pengarah drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Shuhaimi Lua Abdullah berkata, dia menganggap perkara tersebut adalah perkara biasa kepada artis yang terlalu menjiwai watak yang sedang dilakonkan.
“Sepanjang empat bulan penggambaran itu Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya.
“Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu.
Sara Ali 3
Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas apa diperkatakan tentang dakwaan kononnya pelakon wanita tersebut telah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran drama berkenaan.
Sara dikatakan bermasam muka dan enggan memberi kerjasama serta bersikap dingin dengan kru produksi drama itu.
Bagaimanapun, Shuhaimi berkata, kejadian tersebut berlaku tidak lama apabila wanita itu kembali semula bercakap dengan kru produksi.
“Alhamdulillah, sekejap jer dia berperangai begitu, ketika penghujung penggambaran minggu lalu dia sudah berbaik-baik dengan semua kru.
“Penggambaran dapat selesai dengan mudah apabila semua pelakon dan kru beri kerjasama yang baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia akan bekerjasama dengan pelakon wanita tersebut untuk drama akan datang, Shuhaimi berkata dia tidak pernah menolak mana-mana artis yang diberi tanggungjawab untuk berlakon bawah arahannya kepadanya.
Sara Ali 2
Katanya, sebagai pengarah dia hanya menjalankan tugas untuk menjadikan sesebuah jalan cerita seperti yang dimahukannya tanpa mengira siapa artis terlibat.
“Saya tidak ada masalah jika diberika mana-mana artis kerana ia adalah pilihan penerbit dan stesen televisyen,” ujarnya.
Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
Drama tersebut turut dibarisi oleh pelakon Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amy Mastura, dan Ika Nabila
- See more at: http://beritadimalaysia.com/pengarah-drama-jelas-sikap-dingin-sara-ali#sthash.JAtG4Vhu.dpuf

0 comments:

Post a Comment