-
Gambar Hiasan: Kawasan di kawasan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, yang menjadi lokasi jenayah pecah kereta, semalam.
< 1 / 1 >
BANDARAYA MELAKA - Seorang pembantu tadbir kerugian lebih RM1,000 apabila dompet dan telefon bimbit miliknya yang ditinggalkan dalam kereta, hilang ketika dia sedang berjoging di Bukit Serindit, di sini semalam.
Menurut sumber, wanita berusia 29 tahun itu hanya menyedari kehilangan barangannya itu selepas selesai berjoging kira-kira 8.30 pagi di kawasan berhampiran Stadium Tun Fatimah.
“Wanita dari Telok Mas itu meletakkan sementara kereta jenis Honda Civic di parkir kawasan stadium terbabit untuk berjoging sendirian kira-kira jam 7.20 pagi.
“Selepas selesai berjoging, mangsa yang datang semula ke kereta kemudian mendapati telefon dompet berisi wang berjumlah RM1,000 selain dokumen perkenalan diri dan kad peribadi lain serta telefon bimbit jenis Nokia C7 hilang,” katanya.
Menurutnya, dompet tersebut diletakkan di bawah alas kaki tempat duduk hadapan, manakala telefon bimbit pula di dalam ruang papan pemuka atau dashboard.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan umpil pada tempat kunci kereta wanita terbabit dipercayai dilakukan penjenayah.
“Kita akan teruskan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri selain kini cuba mengesan suspek yang melakukan jenayah dalam tempoh kira-kira satu jam itu,” katanya di sini, semalam.
Razali turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan walau di mana berada terutama ketika hendak berjoging, meskipun terdapat anggota meronda di kawasan tersebut.
“Anggota polis sering meronda kawasan tersebut namun, jenayah curi dan pecah kereta boleh berlaku tanpa kita duga. Justeru orang ramai diminta untuk berwaspada walaupun kita hanya meletakkan kenderaan kita untuk seketika.
“Jika dompet terlalu besar, bawalah beg kecil yang boleh memuatkan sedikit wang, kad pengenalan dan dokumen penting lain di dalamnya. Sikap ambil mudah perlu dibuang demi kebaikan diri,” katanya.
7 October 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment