Program Pureen Chak Chak, Papar Kehidupan Selebriti
KUALA LUMPUR, 3 OKT 2014: Program Pureen Chak Chak memaparkan 2 pasangan selebriti popular iaitu Scha Alyahya dan Awal Ashaari dan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin, persediaan menimang cahaya mata secara eksklusif di Astro Ria.
Program Pureen Chak Chak Schawal bakal bersiaran sebanyak 8 buah episod pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam. Ia bermula pada 6 Oktober ini secara eksklusif disiarkan di Astro Ria (104).
Manakala program Chak Chak Che Ta & Zain yang juga mempunyai 8 episod pula akan disiarkan mengisi slot yang sama bermula 1 Disember depan.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata Astro Ria amat berbesar hati untuk menerbitkan program realiti seumpama ini. Ia adalah untuk tontonan khas buat semua terutama para peminat 2 pasangan ini yang ingin mengetahui perkembangan selebriti kesayangan mereka semasa, sebelum dan selepas melahirkan anak.
“Ibu memainkan peranan penting dalam keluarga, daripada persediaan keperluan harian, perlindungan dan pendidikan kepada anak-anak. Tidak dapat dinafikan bahawa tannggungjawab membesarkan anak-anak adalah tugas yang mencabar terutama dunia yang kian pesat membangun,” katanya kepada Murai di majlis pelancaran Pureen Chak Chak di ibu negara.
Tambah Raqim lagi, program realiti ini bukan sahaja istimewa malah dapat dapat merakam detik-detik cemas mereka bergegas ke hospital sebelum menyambut kelahiran cahaya mata yang tercinta.
Menerusi program Pureen Chak Cak juga, penonton bukan sahaja terhibur dengan gelagat spontan mereka malah memberi sumber informasi kepada pasangan baru yang menerima kehadiran orang baru. Ia sekaligus dapat mengetahui cara-cara dan panduan menjaga bayi dengan baik.
0 comments:
Post a Comment