Rambut Blonde Menyukarkan Zain Saidin Dapat Tawaran
KUALA LUMPUR, 8 OKT 2014: Pelakon Zain Saidin akui bercadang untuk tidak mahu lagi membawa watak Mr Middleton dalam sitkom Oh My English!
Namun ia masih dalam proses perbincangan dan kata putus belum difikirkan lagi.
“Saya rasa tahun depan, saya nak cuba watak-watak lain lah.
"Saya tak nak orang melabel saya hanya mampu bawa satu watak sahaja. Buat masa sekarang, saya masih lagi teruskan dan sibuk dengan penggambaran Oh My English!” katanya kepada portal Murai.com.my
Tambah dia lagi, disebabkan warna rambut yang ‘blonde’ menyebabkan produksi sukar untuk memberi watak lain.
“Tawaran memang ada untuk saya, tapi tulah disebabkan warna rambut saya yang perang, sukar untuk saya bagi komitmen.
"Nanti asyik tukar-tukar warna rambut, lama-lama nanti rosak pulak kondisi rambut saya,” seloroh Zain.
Dalam pada itu, Zain tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak pertamanya dan dalam masa yang sama teruja untuk berada di dalam bilik bersalin menemani isteri tercinta, Rozita Che Wan.
“Saya tak takut darah pun, saya banyak juga tonton kat Youtube bagaimana ‘baby’ dilahirkan di bilik bersalin. Ia sedikit sebanyak memberi saya info sebagai persediaan untuk bergelar bapa,” katanya.
Ketika ditanya mengenai pembikinan album, dia menjawab projek itu terpaksa ditangguhkan kerana ada masalah tertentu. Bagaimanapun impiannya untuk mempunyai album sendiri akan tetap diteruskan
0 comments:
Post a Comment