8 October 2014

Julia Perez Simpan Benih Di Malaysia


julia perez simpan benih di malaysia
JAKARTA 10 OKT 2014: Pelakon seksi dan sensasi Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe dikhabarkan menyimpan benihnya di salah sebuah hospital di utara Malaysia.

Dia dijangka akan berada di hospital tersebut pada 9 Oktober ini, untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang terlibat.

Difahamkan dia merancang untuk mendapatkan anak melalui proses tabung uji tanpa pernikahan sehingga mencetuskan kontroversi di Indonesia.

Keputusannya untuk mendapat anak secara persenyawaan luar ditentang keras oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Namun menurut Jupe, dia mempunyai alasan mengapa dia berbuat demikian.

Ini adalah kerana, berdasarkan nasihat doktor pakar, dia akan sukar mendapat anak sekiranya selepas berusia 30 tahun dan perlu hamil sebelum mencecah umur itu.

Julia kini sedang solo selepas berpisah dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina dan kini mewakili kelab Pelita Bandung Raya, Gaston Castano, 29.

0 comments:

Post a Comment